Konsert kembaraan M. Nasir 2013 ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Konsert kembaraan M. Nasir 2013
Loading the player ...
 
Oleh Hasnurul Mohamed



KUALA LUMPUR 20 Mac - Selepas empat tahun tidak bermain di atas pentas konsert, akhirnya Datuk M. Nasir akan tampil dengan Konsert Sang Pencinta di Istana Budaya pada Jun ini.



Pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tentang konsert keenam komposer merangkap penghibur disegani ramai ini di Restoran Istana Bambu, Jalan Ampang, baru-baru ini, beliau berkata, sememangnya beliau lama menyimpan hasrat untuk mengadakan sebuah konsert seumpama ini.



Katanya, konsert beliau yang bercorak kembaraan akan meninggalkan kenangan indah di hati penonton dan peminat tegarnya kerana pendekatan konsert itu kelak menggunakan Visual Maping.



"Orang bukan sekadar bersandar mendengar lagu nyanyi saya sebaliknya mereka akan sama-sama melalui satu kembaraan sejajar dengan lagu-lagu yang akan didendangkan," katanya.



Apa kata ikuti video temubual pelaku Konsert Sang Pencinta itu sendiri, M. Nasir, anjuran Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red On Black dan Istana Budaya.


21 Mar 2013 | Dilihat 2165 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:mnasir
kategori : HIBURAN

Kongsi Konten di :
Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook