SMA lancar SX4 Sport Crossover baru ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
SMA lancar SX4 Sport Crossover baru
Loading the player ...
 
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) telah melancarkan SX4 Sport Crossover versi terbaru dengan penambahan ciri-ciri keselamatan dan rekaan luaran.

Kereta dengan kapasiti enjin 1.6 liter VVT berkenaan dijual pada harga RM91,888 bagi varian standard dan RM96,888 bagi varian primier termasuk insurans.

SX4 Sport Crossover menampilkan rekan bentuk bumper hadapan serba baru yang lebih sporty, gril hadapan baru dengan kesan warna perak dan rim bersaiz 16 inci.

Bagi kemasan dalaman pula Suzuki telah memberi sedikit perubahan pada panel di bahagian tengah papan pemuka dan penggunaan fabrik baru bagi kerusi serta kemasan pada pintu.

Bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan SX4 Sport Crossover, Suzuki telah menambah sistem kawalan brek yang berfungsi memberhentikan kenderaan apabila pedal kelajuan tersekat.

SX4 Sport Crossover didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu sunlight copper, putih salji, perak star, hitam super dan kelabu mineral.

Pengarah Urusan SMA, Keeichi Suzuki, berkata, model berkenaan merupakan antara model crossover paling popular di Malaysia dan dengan pelancaran versi baru, model berkenaan akan terus kukuh di pasaran.

"SX4 Sport Crossover sesuai untuk mereka yang menginginkan kenderaan yang memenuhi keperluan aktiviti luar tetapi tidak terlalu besar," katanya semasa pelancaran kereta baru berkenaan baru-baru ini. - UTUSAN

09 Aug 2012 | Dilihat 1520 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Suzuki
kategori : BISNES

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Atilia live performance at suzuki event
Dilihat 2141 kali
New Suzuki Swift
Dilihat 2648 kali
Kereta Baru Suzuki Kizashi 2012
Dilihat 5612 kali
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook