Kepulangan Datuk Lee Chong Wei dirai ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Kepulangan Datuk Lee Chong Wei dirai
Loading the player ...
 
Chong Wei belum fikir Olimpik 2016, tapi tak tolak kemungkinan beraksi

Oleh BORHAN ABU SAMAH
SEPANG 7 Ogos - Datuk Lee Chong Wei yang baru pulang dari Olimpik London selepas menggondol pingat perak acara badminton, belum memikirkan sama ada beliau akan beraksi di Olimpik Rio De Janeiro pada 2016, namun tidak menolak kemungkinan beraksi.

Katanya, jika prestasi pada tahun-tahun mendatang memberangsangkan dan jika tidak mengalami sebarang kecederaan, beliau mungkin akan menimbangkan untuk beraksi di Olimpik lagi.

Mnurut Chong Wei, beliau kini mahu memberi tumpuan kepada sirkit kejohanan-kejohanan lain dunia seperti peringkat Asia dan Komanwel.

"Untuk saya, saya tidak fikir jauh dulu (Olimpik 2016). Untuk saya, saya mahu lebih sedia untuk kejohanan Asia dan Komanwel, mungkin selepas dua tahun dan tengok keadaan macam mana.

?Jika keadaannya (saya) tak alami kecederaan, saya mungkin pertimbangkan untuk (beraksi pada Olimpik) 2016," jelas pemain No. 2 dunia itu di sini hari ini.

Chong Wei, yang ditemui pemberita semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, juga menyatakan rasa terharu dengan sambutan ratusan penyokong beliau yang melaung nama jaguh badminton negara itu.

08 Aug 2012 | Dilihat 2011 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Datuk Lee Chong Wei, Olimpik, Badminton
kategori : SUKAN

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook