Operasi SPRM - Bidaan tapak bazar Ramadan Jalan Masjid India ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Operasi SPRM - Bidaan tapak bazar Ramadan Jalan Masjid India
Loading the player ...
 
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara menyeluruh isu tapak bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, yang tidak melalui cabutan undi.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, sebelum pendedahan Utusan Malaysia semalam mengenai kewujudan tapak orang kenamaan (VIP) yang tidak perlu melalui undian seperti disyaratkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya turut menerima aduan serupa daripada peniaga.

Katanya, kewujudan tapak VIP itu bukan isu baru sebaliknya berlaku saban tahun namun tidak ada tindakan tegas dikenakan.

"Kita menggesa supaya isu ini disiasat secara menyeluruh dan pihak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung isu itu di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, di sini hari ini yang turut disertai beberapa wakil peniaga bazar Ramadan sekitar ibu kota.

Akhbar ini semalam melaporkan satu sindiket menawarkan petak bazar Ramadan yang mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit dikesan membabitkan "orang dalam" sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan individu tertentu dalam persatuan penjaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

07 Aug 2012 | Dilihat 1637 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:SPRM, rasuah
kategori : SEMASA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook