Bubur lambuk Utusan, Bernas ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Bubur lambuk Utusan, Bernas
Loading the player ...
 
KUALA LUMPUR 24 Julai - Sempena meraikan Ramadan, Kumpulan Utusan bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengadakan kerjasama mengagihkan 7,500 bungkus bubur lambur Masjid Jamek Kampung Baru kepada umat Islam di sekitar ibu kota hari ini.

Inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan kali keempat dianjurkan dengan kerjasama kedua-dua syarikat tersebut.

Pengarah Urusan Bernas, Datuk Bakry Hamzah berkata, pihaknya melakukan kelainan berbanding tahun sebelum ini dengan memberikan sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.

Program tersebut merupakan salah satu kempen Secupak Budi, Sepenuh Hati iaitu pihaknya mengagih-agihkan sumbangan hampir RM2.25 juta atau bersamaan 900,000 kilogram (kg) beras ke rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.

Mengulas penyediaan bubur lambuk, beliau menjelaskan, sebanyak 75 kg beras digunakan bagi menyediakan kesemua bubur lambuk yang dimasak dalam 15 periuk.

Penyediaan kesemua bubur lambuk ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai dibungkus kira-kira pukul 12 tengah hari," katanya pada majlis pengagihan bubur lambuk tersebut di sini.

Pada majlis sama, Kumpulan Utusan dan Bernas masing-masing turut menyumbang wang sebanyak RM1,000 untuk kegunaan Masjid Jamek Kampung Baru pada bulan Ramadan.

Replika cek itu disampaikan kepada Pengerusi masjid, Datuk Idris Shaari Mat Idris.

Kumpulan Utusan diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran, Mohd. Basir Abdul Rahim dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.

Sementara Bernas pula turut diwakili Pengerusinya, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan Shahabudin dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tarmizi Mohd. Hariri. - UTUSAN

01 Aug 2012 | Dilihat 1305 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Utusan
kategori : GAYA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Penyerahan bangunan baharu ibu pejabat Utusan Melayu
Dilihat 418 kali
Pembinaan Bangunan Baharu Ibu pejabat Utusan Melayu
Dilihat 976 kali
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-75 Utusan Melayu
Dilihat 251 kali
Perkasa bantu Utusan hadapi saman Nurul Izzah
Dilihat 886 kali
Majlis Aidilfitri Korporat Kumpulan Utusan
Dilihat 906 kali
Jenayah Jalanan: Wawancara dengan Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (Bhg. 3)
Dilihat 2033 kali
Jenayah Jalanan: Usaha yang dilakukan pusat beli-belah (Bhg. 2)
Dilihat 5112 kali
Jenayah Jalanan: Apa kata orang ramai (Bhg. 1)
Dilihat 3689 kali
Utusan, Angkasa rai anak yatim
Dilihat 1231 kali
5 Minit Bersama CEO - Nikon Malaysia
Dilihat 1704 kali
Majlis Pelancaran Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2012
Dilihat 1883 kali
Utusan Malaysia - Kilang percetakan Sri Utusan, Bangi
Dilihat 2604 kali
Majlis Hari Raya Aidilfitri Korporat 2011 Kumpulan Utusan
Dilihat 2666 kali
Solat Tarawih bersama Sheikh Idris Ismail Al Hafiz
Dilihat 6833 kali
Bubur Lambuk Ramadan Utusan-Bernas
Dilihat 2735 kali
Perhimpunan bantah AMK kecam Utusan Malaysia
Dilihat 10217 kali
Pesta Durian
Dilihat 2354 kali
Perasmian pecah tanah Utusan Melayu
Dilihat 2393 kali
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook