Pesta Barang Kemas Antarabangsa Malaysia 2012 ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Pesta Barang Kemas Antarabangsa Malaysia 2012
Loading the player ...
 
Pesta Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 19 hingga 22 Julai lalu telah menyaksikan keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah yang mencemar duli sebagai tetamu kehormat dan merasmikan acara gilang gemilang itu.

Turut menjayakan majlis perasmian itu ialah pertunjukan fesyen barang-barang kemas dari Amee Philips Sdn. Bhd., Atelier Fine Jewellery, Mogok Jewels, Supreme Gems dan Tomei Consolidated Berhad yang berjaya memukau tumpuan para hadirin dengan koleksi barang-barang kemas yang bergemerlapan dan eksklusif.

Seiring dengan persembahan itu ialah beberapa model elegan yang mengenakan busana eksklusif ciptaan K.A.T. Creations dan Von Jolly Couture.

Pesta itu telah disertai lebih 200 syarikat barang-barang kemas terkemuka dari 20 negara antaranya Singapura, India, Thailand, Sri Lanka, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Amerika Syarikat, Turki, Iran, Switzerland, Itali dan China yang mempamerkan sebanyak 300,000 koleksi barang-barang kemas yang mewah dan mengagumkan.

25 Jul 2012 | Dilihat 1160 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:MIJF, Barang Kemas
kategori : GAYA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook