Busana Von Jolly serlahkan kejelitaan wanita... ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Busana Von Jolly serlahkan kejelitaan wanita...
Loading the player ...
 
Nama Raymond Jolly dan Aaron G. Von Jolly tidak asing lagi dalam kalangan peminat batik di Malaysia apabila hasil rekaan mereka memenangi kategori fesyen pada Piala Seri Endon 2006.

Sejak memenangi anugerah itu nama Von Jolly menjadi sinonim dengan rekaan fesyen batik yang kontemporari dan sesuai dipakai dalam pelbagai majlis.

Berikutan kejayaan itu, kedua-kedua saudara ini telah mengadakan pertunjukan fesyen di di Como, Itali pada 2006.
Bagi kedua-dua bersaudara ini mencipta fesyen batik bukan semata-mata untuk tujuan komersial sebaliknya apa yang mereka utamakan ialah untuk mengetengahkan kecantikan Malaysia di samping menjadikan wanita-wanita Malaysia tampil cantik, elegan dan menarik dan kerana itu aspek artistik menjadi tumpuan penting dalam ciptaan mereka.

Fashion TV, UK menggelarkan Raymond Jolly dan Aaron G. Von Jolly, sebagai Putera Fesyen Batik Kontemporari Malaysia . Selain menerima anugerah kategori fesyen Piala Seri Endon, mereka juga memenangi beberapa anugerah dan menyertai pertunjukan di dalam dan peringkat antarabangsa antaranya:-

1. Chanel di Como, Itali- 2006
2. Tiga Pereka Fesyen Terkenal Untuk Tahun 2006 Media Prima- 2006
3. Polo Ralph Laurens, New York- 2007
4. Anugerah Akademi Tahunan Ke-79, Los Angeles- 2007
5. Pertunjukan Fesyen di Guilianova, Itali- 2008
6. Acara Tag Heuer Polo di New Delhi, India 2008
7. Pereka Fesyen Rasmi Untuk AIM-14, Musim Akademi Fantasia 4,5 & 6
8. Vakko di Istanbul, Turki
9. Pereka fesyen rasmi/hakim untuk Ratu Dunia Malaysia 2011
10. Pereka fesyen rasmi Ratu Cantik Malaysia di Pusingan Akhir Ratu Dunia di London ,England- 2011
11. Pereka fesyen untuk Ratu Pelancongan Antarabangsa 2011, Malaysia
12. Pereka fesyen rasmi/hakim untuk Ratu Dunia Malaysia 2012.

21 Jul 2012 | Dilihat 1957 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:von jolly
kategori : GAYA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook