Komik berpotensi tarik minat belajar jawi ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Komik berpotensi tarik minat belajar jawi
Loading the player ...
 
KUALA LUMPUR 18 Julai - Percaya atau tidak, komik mampu menarik minat masyarakat tidak kira bangsa untuk mempelajari tulisan jawi seperti yang telah didapati oleh pelukis dan animator bebas, Ahmad Nazri Mahmood, 38.

Dalam satu temuramah yang diadakan di pejabatnya, Frame to Frame Production Sdn. Bhd. di Subang Jaya, baru-baru ini, beliau mendakwa komik ekperimennya, Annur dan Miau berjaya menarik minat lebih 2,000 pembaca di laman sosial Facebook kurang sebulan selepas di muat naik.

Nazri yang memegang hak intelek komik itu turut memberitahu Utusan Online, ilustrasi jawi berkenaan juga berjaya menarik minat pembaca berbangsa Cina dan India.

Beliau menjelaskan, daripada respons di laman Facebooknya, pembaca bukan melayu menyatakan bahawa mereka tertarik dengan konsep komik tersebut dan menganggap ia merupakan satu teknik persembahan baru serta amat unik.

"Memang pada mulanya mereka tidak memahami tulisan (jawi) itu tetapi dengan bantuan rakan-rakan Facebook yang lain para peminat Cina dan India berkenaan kini boleh membacanya sedikit demi sedikit.

"Minat pembaca Melayu dan bukan Melayu ini membuktikan bahawa komik merupakan antara medium paling efektif untuk mempopularkan tulisan jawi," katanya sambil menunjukkan respon-respon yang diterima di laman Facebook milik beliau.

Beliau turut menyatakan harapan agar pihak-pihak yang berkenaan turut serta membantu dalam usahanya untuk meningkatkan kembali minat terhadap tulisan jawi melalui kaedah yang sama mahupun yang lain.

Jelas beliau, jika usaha sebegini tidak diberi sokongan dan bantuan, dikhuatiri pada masa hadapan tulisan jawi akan menghadapi kepupusan. - UTUSAN ONLINE

19 Jul 2012 | Dilihat 2351 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Komik, Jawi
kategori : HIBURAN

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook