Krisis Air Lembah Klang ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Krisis Air Lembah Klang
Loading the player ...
 
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanda krisis air?
Oleh BORHAN ABU SAMAH
KUALA LUMPUR 14 Julai - Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai dilanda krisis bekalan air ketika kerajaan Persekutuan dan Selangor masih belum mencapai kata putus menyelesaikannya.
Krisis yang pada peringkat awal itu mulai dikesan di kawasan Seri Kembangan terutama di Taman Sungai Besi Indah yang telah berlarutan hampir setahun dan semakin kritikal sejak sebulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan yang melawat kawasan itu bagi mendengar aduan dan menyampaikan bekalan air bersih kepada penduduk terbabit berkata, sebenarnya krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah bermula.
“Sebelum ini pihak Syabas telah berulang kali memaklumkan bahawa gangguan bekalan air yang berlaku di kebanyakan kawasan terutamanya di Lembah Klang adalah disebabkan kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan lagi berikutan peningkatan mendadak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesannya, kata beliau, beberapa kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara kerana pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus.
“Keadaan ini telah menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan `water stress’ iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang melibatkan 209,678 akaun pengguna atau lebih sejuta penduduk," jelas beliau.
Ruslan berkata, sejak sebulan lalu loji rawatan air telah beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuk dan berhadapan dengan tekanan untuk memenuhi permintaan.
“Projek berkaitan dengan krisis kekurangan bekalan air terawat sedang dijalankan dan telah dimaklumkan kepada kerajaan negeri Selangor, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara agar tindakan segera diambil supaya krisis bekalan air pada tahun 1998 tidak berulang.
“Sekiranya peningkatan permintaan air ini berterusan, Syabas tidak menolak kemungkinan jumlah kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air ini akan menjadi lebih luas dan melibatkan lebih ramai pengguna," katanya. - UTUSAN ONLINE

18 Jul 2012 | Dilihat 1508 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Krisis Air, Syabas
kategori : SEMASA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook