Pemilih perlu mengundi calon mampu memenuhi tuntutan pengguna – Fomca ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Pemilih perlu mengundi calon mampu memenuhi tuntutan pengguna – Fomca
Loading the player ...
 
PETALING JAYA 10 Julai – Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) meminta pengundi pilihan raya umum ke-13 agar memilih calon yang dapat memenuhi tuntutan pengguna.

Presiden Fomca, Datuk Marimuthu Nadason berkata, pilihan raya tersebut menjadi medan terbaik pengguna untuk memilih wakil rakyat yang mampu menjaga hak mereka.

“Pilihlah ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang percaya bahawa Malaysia ini adalah negara mereka, sebab kita tengok ada antara yang dipilih bercakap perkara-perkara karut di dalam dewan dan tidak memberi sebarang kepentingan dan pembangunan negara,”kata beliau.
Marimuthu ditemui dalam temubual eksklusif bersama Utusan Online.

Katanya, Fomca yang mempunyai 15 ahli gabungan telah mengeluarkan Manifesto Tuntutan Pengguna bagi Pilihan Raya Umum ke-13.

Manifesto tersebut mengandungi 8 tuntutan hasil tinjuan terhadap 30,000 pengguna di seluruh negara pada tahun 2009 dan 2010.

“Manifesto parti-parti yang bertanding selalunya hanya janji-janji yang kadang-kala tidak realistik. Jadi kita nak manifesto yang realistik kepada pengguna di negara ini. Manifeso Fomca menekankan kemudahan asas untuk pengguna.”

Menurut beliau, manifesto itu akan diserahkan kepada parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. – UTUSAN ONLINE

14 Jul 2012 | Dilihat 1230 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Tuntutan pengguna, Fomca
kategori : SEMASA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook