JAIS dan Pas dituduh bersekongkol rampas masjid ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
JAIS dan Pas dituduh bersekongkol rampas masjid
Loading the player ...
 
Sekumpulan penduduk Taman Equine, Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pemimpin Pas telah melakukan konspirasi bagi merampas Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.

Bekas Nazir Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Zainal Abidin Manaf berkata, ini adalah kerana jawatankuasa baru masjid berkenaan dilantik tanpa mesyuarat membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

Lebih mengecewakan apabila mereka yang dilantik merupakan bukan penduduk kawasan ini dan sebahagian besar pula merupakan pemimpin sebuah parti.

Sedangkan beliau yang telah sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, juga telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

Bagaimanapun JAIS tidak memberi sebarang jawapan kepada mereka, tetapi sebaliknya melantik jawatan kuasa baru yang hanya diumumkan di masjid itu hari ini.

Seorang pemimpin masyarakat, Nor Mohamad Zin Mohamad Naim pula berkata, beliau mempunyai bukti bahawa sebahagian besar jawatankuasa baru itu terdiri daripada pemimpin Pas dan mereka tidak bermoral kerana terlibat dengan perhimpunan haram Bersih.

22 Jun 2012 | Dilihat 2555 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Masjid , JAIS
kategori : SEMASA

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Food for Life SHEB bantu golongan gelandangan
Dilihat 1683 kali
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook