Pikap terbaru Isuzu D-Max HI-DEF dilancarkan ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Pikap terbaru Isuzu D-Max HI-DEF dilancarkan
Loading the player ...
 
Isuzu baru-baru ini melancarkan pikap terbaharu mereka D-Max HI-DEF yang memaparkan lebih banyak ciri-ciri menarik berbanding model-model terdahulu.

D-Max HI-DEF yang dilancarkan itu merupakan edisi terhad di mana kini ia dikemaskinikan dengan pelbagai kelengkapan mewah dan sofistikated serta elegan.

Dijanakan dengan enjin 3.0 liter Ddi i-TEQ Super Commonrail Turbo Intercooler dengan dua varian sama ada automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan, model ini diperkemaskan dengan kerusi yang diselaputi kulit Itali.

Malah, pemain multimedianya juga dipertingkat dengan membolehkan pemilik jentera ini memainkan MP3, MP4, video, DVD selain sambungan USB dan iPod yang turut disediakan.

Menariknya kali ini, pemain multimedia itu juga dilengkapi dengan paparan kamera undur belakang bagi membolehkan kereta diundurkan dengan selesa.

Ia juga dilengkapi dengan GPS dan juga sambungan Bluetooth untuk membolehkan sambungan telefon bebas tangan digunakan.

Ia dijual dengan harga dari RM99,247.70 hingga RM102,423.00, pembeli pikap ini juga boleh memilih sama ada ingin melengkapinya dengan penutup D-Box II untuk ruang kargo.

22 Jun 2012 | Dilihat 3006 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Isuzu, D-Max HI-DEF
kategori : BISNES

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
Isuzu sasar jualan trak meningkat hampir 100 peratus
Dilihat 2048 kali
Pelancaran Isuzu D-Max 2.5 liter Super Commonrail baharu
Dilihat 2607 kali
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook