Jose Mourinho di Kuala Lumpur ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


TV Utusan
Utusan Online TV
Jose Mourinho di Kuala Lumpur
Loading the player ...
 
EURO 2012: Portugal menjadi pasukan pilihan pengurus pasukan Real Madrid, Jose Mourinho

KUALA LUMPUR – Pengurus yang dianggap terbaik sepanjang zaman, Jose Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi pengendali pasukan kebangsaan negara lain, selain Portugal.

Dalam temuramah bersama media tempatan di ibu negara baru-baru ini, pengurus dari Portugal ini menegaskan bahawa beliau tidak boleh membayangkan bahawa beliau akan menjadi pengendali pasukan kebangsaan negara lain, begitu juga dengan rakyat Portugal.

Bagaimanapun hasrat untuk menjadi pengendali pasukan kebangsaan itu bukan dalam masa terdekat, ini kerana beliau lebih gemar menguruskan pasukan kelab yang dianggap lebih menyeronokan.

Dalam temuramah kurang setengah jam itu, Mourinho turut menyatakan bahawa Portugal menjadi pasukan pilihan beliau dalam saingan Euro 2012 yang sedang berlangsung. Namun dalam pertandingan yang dianggap singkat itu beliau berkata, adalah tidak mengejutkan jika pasukan bukan pilihan menjadi juara dalam Euro 2012.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan pemilihan pemain muda negara Nazmi Faiz Mansor mewakili S.C Biera Mar sebagai satu keputusan yang tepat kerana liga Portugal mampu memberikan banyak pengalaman kepada pemain berusia 17 tahun itu.

Menyifatkan liga Portugal mempunyai pengaruh kuat bola sepak Brazil, jurulatih yang berasal dari Setubal itu berkata, Nazmi akan mempelajari variasi taktikal dan teknik yang boleh meningkatkan tahap permainannya. - UTUSAN ONLINE

21 Jun 2012 | Dilihat 1618 kali
5 Stars Rating System script
Sila buat penilaian untuk video ini:
star star star star star


Tag:Jose Mourinho, Bola sepak, Euro 2012
kategori : SUKAN

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Video Berkaitan
S.C Beira-Mar gamit Nazmi Faiz
Dilihat 6630 kali
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook