Laman Xtive Utusan Malaysia - Berita: AUDI A6

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


AUDI A6
News
Oleh JOHARDY IBRAHIM
facebook.com/johardy.ibrahim



KEBETULAN semasa memandu uji Audi A6, filem aksi Transporter 3 sedang ditayangkan di stesen televisyen berbayar. Ini mendorong rakan-rakan yang terpandang kereta mewah ini boleh terbang dan mendarat di atas bumbung gerabak kereta api yang sedang bergerak atau enjin boleh dinyalakan walaupun terhumban ke sungai. Itu Audi versi Hollywood sahaja.

Apa pun, perletakan produk dalam filem seperti yang dilakukan Audi ini nyata memberi impak yang dimahukan. Filem-filem aksi sememangnya menjadi fokus Audi AG dan antara filem yang pernah disertai Audi ialah I, Robot lakonan Will Smith dan paling terkini, Iron Man lakon Robert Downing Jr.

Sekian lama Audi A6 dianggap pesaing secara langsung kepada Mercedes-Benz E-Class dan BMW 5 Series terutama daripada segi saiz dan harga. Model terkini yang diberi oleh Euromobil iaitu pemegang francais Audi di Malaysia milik DRB-Hicom ialah A6 2.0 TFSI.

Bila diteliti daripada segi reka bentuk, Audi tidak melakukan perubahan ekstrem kepada struktur badan. Sebaliknya penambahbaikan dilakukan pada bahagian depan dan belakang, merangkumi aspek sporty pada bamper depan yang bergaya garang dan lampu depan belakang yang diberi rekaan inovatif.

Lampu depan Xenon menggunakan teknologi Halogen dengan lapisan kaca jelas, boleh diubah jarak sinar secara elektronik, fungsi lampu semasa meletak kereta (bernyala beberapa saat selepas pintu dikunci) dan lampu siang hari ibarat mata. Kereta ini juga ada fungsi pembasuh lampu depan.

Lampu belakang pula menggunakan LED dengan gaya bagaikan garis putus-putus mengelilingi kotak lampu merah. Pada waktu malam, ia adalah pemberitahuan mudah bahawa kereta di depan anda (atau yang memotong!) adalah sebuah Audi. Terdapat satu garisan krom di bahagian pintu, memberi cita rasa eksklusif sesuai dengan status kereta ini.

Memasuki ruang dalamnya, ia tidak sukar untuk merasai elemen kejuruteraan automotif Jerman yang khusus. Ia boleh dirasai sama dengan Mercedes-Benz dan BMW. Mereka tidak berkongsi jurutera tetapi bila dibandingkan dengan kereta buatan Eropah atau Jepun, bagaikan ada suatu tandatangan Jerman pada reka bentuk dalaman.

Jurutera Jerman suka pada warna gelap dan penggunaan bahan yang mencetuskan cita rasa mewah terutamanya sarung kulit. Untuk papan pemuka, letak tangan anda atas permukaannya dan dapat dirasai ia memiliki garis kontur atau corak motif. Ini semua difikirkan dan dibuat dalam Audi demi mencetuskan rasa sedemikian dan juga, bau yang sama! Kereta ini wajar dipandu sendiri oleh pemilik, bukan oleh supir kerana supir nanti yang merasa nikmat memandu kereta hebat ini.

Ini termasuk fungsi MMI (Multi Media Interface) iaitu sistem kawalan utama dalam A6. Ia terletak di tengah konsol, bawah dari batang gear. Ia mudah dicapai oleh pemandu tanpa perlu memandang ke bawah pun. Mata pemandu boleh melilau antara jalan raya dengan paparan 6.5 inci pada tengah papan pemuka. MMI bukan sahaja boleh memainkan cakera padat, radio dan DVD, tetapi juga disambung kepada PDA atau USB, Ipod. Malah koleksi lagu anda boleh dipindahkan ke dalam cakera keras dalam kereta. Sistem audio Audi ini menggunakan jenama hebat iaitu BOSE. MMI juga boleh diguna sebagai alat navigasi secara imejan 3D atau peta digital dan boleh digerakkan menggunakan joystick. MMI ini didatangkan sebagai peralatan pilihan.

Audi A6 2.0 TFSI ini adalah enjin paling kecil dalam barisan Audi A6. Namun disebabkan faktor sistem percukaian jalan Malaysia yang menggunakan kapasiti enjin sebagai penanda aras, rata-rata yang berani dibawa masuk oleh pengimport kereta ialah enjin 2.0 liter. Namun ia masih menjanjikan prestasi yang memuaskan.

Di atas kertas, enjin petrol 4 silinder dalam-sebaris beserta suntikan langsung bahan api dan gas ekzos turbocaj menawarkan kuasa maksimum 170 brek kuasa kuda pada 4300 hingga 6000 revolusi per minit (rpm). Tetapi kuasa kilasnya memberi keseimbangan iaitu 280 Newton meter pada tahap serendah 1800 rpm hingga 4200 rpm. Dan lagi A6 ini diperkasakan oleh gear transmisi multitronic tujuh kelajuan. Audi mengatakan kelajuan tertinggi A6 ialah 224 km sejam walaupun semasa pandu uji, penulis hanya sempat mencatat 210 km/j. Angka-angka ini menunjukkan bahawa dengan enjin 2 liter dan kuasa kuda bawah 200 kuasa kuda, A6 tidak kehilangan seri kekuatan enjinnya. Malah Audi mendakwa teknologi penjimatan minyak yang digunanya mencatat 7.7 liter bagi setiap 100 km dan hanya mengeluarkan 181 gram karbon dioksida bagi setiap km.

Dari segi keselamatan, A6 dipasang sistem enam beg udara iaitu dua peringkat eg udara bagi pemandu dan penumpang depan beserta sistem beg udara untuk kepala dan bahagian sisi pintu. Ia juga memiliki semua sistem pasif dan pro-aktif keselamatan iaitu ESP, ASR, EDL, ABS, EBD dan BA.

Di Malaysia, Euromobil menawarkan varian S line iaitu aksesori. Ia merangkumi spoiler sekeliling dan rim tayar 18 inci dengan motif 10 mata bintang serta sarung kulit tempat duduk menggunakan kulit Milano.

Audi A6 ini dijual pada harga atas jalan tanpa insurans sebanyak RM335,000. Peralatan pilihan iaitu MMI bersama sistem navigasi dijual berasingan iaitu berharga RM15,000, sistem bunyi BOSA (RM4,000) dan warna kesan Pearl (RM4,000).
Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:


Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook