Login

Online

None

Avatar
Dasar petrol perlu ambil kira semua aspekPDFPrintE-mail
Friday, 15 January 2010 19:45
Written by JOHARDY IBRAHIM

MULAI 1 Mei ini, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Puncanya? Demi untuk memastikan hanya rakyat Malaysia yang benar-benar menikmatinya kerana wujud sebilangan warga asing yang memasuki negara ini turut sama mengambil kesempatan daripada harga petrol yang disubsidi kerajaan pada masa ini.

Jika itu tidak cukup rumit untuk difahami, satu lagi dasar ialah mengenakan harga petrol berlainan mengikut kapasiti enjin. Lagi besar kapasiti, maka tidak layak dapat subsidi. Ini yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

 

 

Pada masa ini, harga petrol RON95 di Malaysia ialah RM1.80 sen seliter dengan subsidi sebanyak 30 sen dari kerajaan dan tanpa subsidi ia berharga RM2.10 seliter.

Persoalan yang banyak berlegar-legar di kepala orang ramai adalah mengapa gara-gara pembelian petrol oleh warga asing, rakyat Malaysia pula menerima bahangnya?

Kajian perlu dibuat untuk memastikan antara Singapura dengan Thailand, rakyat manakah yang lebih banyak menyalahgunakan subsidi kita. Ini untuk kes mereka yang membuat pusingan U di negeri-negeri sempadan seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Johor.

Jika warga asing itu memasuki negara ini untuk melancong atau berniaga, rasanya tidak salah sangat untuk mereka menumpang sikit daripada kemurahan kita. Contoh paling mudah ialah bila rakyat Singapura mengunjungi Malaysia menggunakan kenderaan. Ia harus dibaca juga dengan jumlah wang yang mereka belanjakan untuk hotel, makanan dan sebagainya sepanjang berada di negara ini. Ini timbal balik. Ini proses ekonomi yang mudah difahami. Yang wajar menjadi sasaran adalah warga asing yang membuat pusingan U semata-mata. Bukan rakyat Malaysia.

Selain itu, bayangkan betapa remehnya hendak membeli minyak petrol selepas 1 Mei nanti? Pertama, anda harus menuju ke kaunter dan pamerkan MyKad. Kemudian beritahu berapa nilai hendak diisi. Bayar. Kembali semula ke kenderaan dan baru boleh mengisi. Itu seorang. Bayangkan jika ramai orang perlu berbuat demikian. Kesesakan boleh berlaku terutama di stesen minyak yang memiliki bilangan pam yang kecil.

Pada masa ini, memang ramai yang ke kaunter tetapi ramai juga yang membayar menggunakan kad kredit di pam. Ini mengurangkan orang beratur. Jadi, untuk pengguna kad kredit bagaimana pula selepas ini?

Bagi dasar yang membezakan harga mengikut kapasiti ini, kita tidak boleh lari daripada meneliti impaknya kepada sektor-sektor berkaitan. Tentunya impak secara langsung akan mengena industri automotif negara yang sememangnya sudah mengalami kelembapan jualan sejak 2008.

Oleh kerana penentuan harga minyak didasarkan kepada kapasiti enjin, apakah boleh kita rumuskan secara kasar di sini bahawa kenderaan yang enjinnya berkapasiti 2.0 liter ke atas akan perlu membayar harga petrol yang lebih. Atau apakah penanda arasnya dibuat berdasarkan harga atas jalan sesebuah kenderaan? Misalnya Proton Perdana berenjin 2.0 liter harganya RM113,000 seunit. Tetapi Honda Civic 1.8 liter pula harganya hampir RM115,000 seunit. Bagaimana pula MINI Cooper S yang enjinnya 1.6 liter tetapi berharga RM240,000 seunit?

Ada yang membeli kenderaan besar disebabkan keperluan, bukan hendak menunjuk-nunjuk. Misalnya mereka yang mempunyai anak yang ramai, mahu tidak mahu terpaksa membeli kereta bersaiz besar.

Dari sudut lain, implikasinya kepada industri automotif ialah ramai akan terdorong memilih kereta berenjin kapasiti lebih rendah daripada had yang ditetapkan kerajaan melalui dasar 1 Mei ini. Sudahlah pasaran lemah, penjual kereta diunjur bakal berdepan satu lagi cabaran yang tidak disangka-sangka bila mereka gagal menjual kenderaan berkapasiti tinggi. Hasil cukai dari sektor automotif akan berkurangan.

Di samping itu, pasaran Malaysia boleh dilambakkan dengan kenderaan berkuasa rendah tetapi diletakkan harga yang tinggi. Seandainya mahu diteruskan juga dasar seumpamanya, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan agar mengurangkan cukai import dan eksais supaya kereta-kereta berkuasa kecil itu tidak berharga terlalu tinggi untuk dimiliki.

Tidak dapat dihuraikan lagi mengenai dasar ini kerana menurut Ismail Sabri, butiran penuh mengenainya akan hanya diumumkan pada 1 Mei.

Apa yang boleh diharapkan dalam tempoh empat bulan ini, kerajaan mendapatkan maklum balas dan reaksi daripada rakyat secara menyeluruh, persatuan-persatuan pengguna dan industri-industri berkaitan sebelum melaksanakannya


( 1 Vote )
Last Updated on Friday, 15 January 2010 19:59
 

Comments  

 
-1 #6 mustafa 2010-03-01 12:41
yang masuk akal sikit ialah dengan tunjukan ic pada kasier. cuma pihak kuatkuasa tu sapa yang jalankan samada kasier atau ada pegawai dari pihak berkuasa... kerana tip/upah/duit kocek/duit ayam dsb. tu dikira rasuah... jadi kalau ini berlaku sistem yang diperkenalkan ini jadi sistem korup pula... lebih adilah kalau diberi penerangan sejelas2nya kepada semua pelanggan miyak apa yang tidak perlu dilakukan dan apa patut dilakukan.. siapa yang langgar tangkap dan dihukum seberat2nya.. jangan hukuman minima sahaja.
 
 
-2 #5 Basuri bin Faki 2010-02-13 11:43
Salam. Serba tak kena subsidi petrol ni.ADIL ke nak subsidikan kereta cc 2.0 kebawah yang harganya mencecah SUKU Juta berbanding NAZA Ria (125k) atau Chery Eastar (81k). Siapa lebih mampu dan bergaya?
Di Brunei, kenderaan Malaysia secara otomatik kena beli harga petrol tanpa subsidi. Pam ada dua. satu untuk kenderaan malaysia dan satu untuk warga Brunei. Di Malaysia juga boleh mcm tu terutama di Johor dan negeri utara semenanjung. Masalahnya bagaimana nak perangkap dan tangkap PENYELUDUP minyak bersubsidi. Orang kita juga penyangaknya.
Nak hapuskan subsidi petrol, orang berpendapatan rendah tak puas hati. PENING KEPALA TOK TOK MENTERI KABINET. Kalau nak ikutkan, siapa yang mampu beli kereta/motosikal, mampula beli minyak. PASAL kalau tak ada kenderaan, kena bayar tambang bas, teksi dan seangkatan dengannya.
ADILkah kita kepada mereka-mereka yang tak punya kenderaan langsung yang tak perlukan petrol? Bagi saya HAPUS je subsidi ni.
 
 
+3 #4 badaruddin muhammad 2010-02-13 08:58
Maklumat terkini menyatakan yg kerajaan akan menghadkan jumlah maksima minyak bersubsidi bagi setiap individu, tanpa mengira samada mereka menggunakan kenderaan secara kurang ataupun banyak... ini bakal menambahkan lagi derita mereka yang bertugas jauh dari kediaman, atau pasangan yang bertugas berjauhan yang senantiasa berulang alik untuk jarak yang jauh setiap hari/minggu. Malah sekiranya diperincikan untung rugi secara teperinci (dgn mengambil kira kos perjalanan, kenderan, risiko, nurseri anak dsb) mungkin akan lebih menguntungkan seseorang pekerja wanita yang bergaji rendah untuk melepaskan jawatan sahaja... daripada asalnya untuk medapatkan pendapatan tambahan, sebaliknya telah bertukar menjadi beban tambahan pula... langkah tersebut dapat diibaratkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.. cuma seekor dua nyamuk yang mati.. yang pastinya tidur kita takkan mungkin selena dulu lagi....
 
 
+7 #3 mat 2010-01-26 11:21
Saya tidak bersetuju dgn pengenalan dua harga yg berbeza, ini akan mewujudkan peluang perniagaan di pasaran gelap. Harga mengikut kapasiti kenderaan? siapa yg memantau? saya rasa cashier jer yg menentukan kelayakkan seseorang. Jika kita bagi duit tips saya rasa tak mustahil kita akan memperolehi harga yg lebih murah walaupon kenderaan tersebut melebihi 1600 cc. Jika kerajaan ingin memberi subsidi kepada golongan yg memerlukan lakukan lah dlm bentuk lain seperti memberi harga istimewa utk pembelian kenderaan dan kenakan lah sekatan utk menjual balik spt 5 tahun selepas pembelian. Kalau bank boleh mengetahui segala hutang kita, sudah tentu kerajaan boleh menguatkuasakan sekatan tersebut. Petrol merupakan barangan keperluan dan permintaan tinggi, semua org akan lakukan apa saja utk memperolehinya. Dua harga berbeza .. sudah tentu saya akan mengisi petrol menggunakan kereta kancil saya. fikirkan lah ......
 
 
+9 #2 Basuri bin Faki 2010-01-23 09:26
Setuju. Tak semesti enjin besar harganya besar juga. Ada kereta mewah harga SUKU JUTA, cc kecil macam mercedes dan BMW atau MINI Cooper. Amat tidak adil mereka yang mampu beli kereta suku juta dapat subsidi berbanding kerea kurang RM120,000. Adil biar pada tempatnya.
 
 
+16 #1 Azemi 2010-01-17 20:21
betul tu...Apa- apa keputusan... jangan ler menyusahkan rakyat......
 

Sila Login atau Register untuk komen

 

IKLAN@UTUSAN

Polls

Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Utusan Online?