Login

Online

None

Avatar
NYALAKAN LAMPU KERETA BILA HUJANPDFPrintE-mail
Saturday, 15 August 2009 17:56
Written by JOHARDY IBRAHIM

Tahap penglihatan menjadi rendah pada waktu hujan, oleh itu nyalakan lampu kenderaan anda.

Di ibu negara minggu ini, hampir setiap hari hujan. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya hapuslah jerebu. Kurang sikit orang batuk-batuk dan demam-demam. Bahaya demam kena jerebu boleh melarat jadi demam yang satu lagi... H1N1. Tapi itu cerita lain. Penulis akan pastikan pengkisahan yang diperturunkan di sini, tidak lari dari tema pemotoran.

Kadang-kadang hujan berlaku lewat petang. Ada juga seawal jam 11 pagi. Tapi awan gelap dan kelihatan macam nak maghrib. Masalahnya, ramai pula pemandu yang keberatan nak menyalakan lampu depan mereka. Maklumlah, bagi mereka hari masih pagi lagi, waima segelap mana pun persekitaran ketika itu dan sekuat mana hujan yang turun.

Dalam konteks ini, para pemandu semua jenis kenderaan disaran supaya prihatin dalam penyalaan lampu di waktu hujan. Perkara asas dalam aspek pemanduan ialah kenampakan.

 

 

Adalah penting untuk kenderaan di depan dan belakang anda dapat melihat anda. Atas sebab yang sangat mudah - diwajibkan kenderaan menyalakan lampu bila memasuki terowong atau memandu di waktu malam di mana tahap penglihatan adalah rendah atau tiada langsung. Jadi mengapa masa hujan, lampu pula dikedekutkan? Sedangkan ia sama dengan kriteria tahap penglihatan yang rendah.

 

Ada orang mengomel, kalau pasang lampu pada siang hari akan cepat `menghauskan' mentol lampu. Mana punya sekolah yang bagi fakta menyeleweng ini? Dan katakanlah... betul sekali pun dakwaan seumpamanya, mana lebih penting? Mentol mati atau diri anda sendiri yang mati dalam kemalangan gara-gara kereta anda tidak kelihatan pada pemandu di depan dan belakang?

Nyalakan lampu bila hujan supaya anda dapat dilihat bukan sahaja oleh pemandu lain tetapi juga pejalan kaki. Bila hujan lebat, pejalan kaki lazimnya sama ada akan berjalan sangat perlahan sambil memegang payung mereka atau berlari-lari anak semasa melintas jalan. Jika mereka tidak nampak anda, dan anda tidak nampak mereka (tanpa cahaya lampu, bayangan badan tidak dapat dipantulkan), nescaya akan berlaku kejadian tidak diingini.

 

 

 


( 2 Votes )
Last Updated on Saturday, 15 August 2009 19:25
 

Sila Login atau Register untuk komen

 

IKLAN@UTUSAN

Polls

Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Utusan Online?