Login

Online

None

Avatar
Kereta terpakai: Mengapa tidak?PDFPrintE-mail
Saturday, 08 August 2009 21:37
Written by JOHARDY IBRAHIM

KIRA-KIRA dua minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadan dan bermakna kira-kira enam minggu lagi untuk sambutan Aidilfitri. Kalau perenggan di atas bunyinya macam cerita kanak-kanak, minta para pembaca menghayati perenggan-perenggan seterusnya. Ini kerana Aidilfitri menjadi penanda aras bagi sesetengah daripada kita untuk menukar serba-serbi, baik baju Melayu, baju kurung, langsir, sofa dan tentunya, kenderaan.

Mengikut unjuran penganalisis industri termasuk di firma-firma sekuriti, jualan kenderaan bagi suku ketiga menuju ke suku keempat tahun ini, dijangka meningkat walaupun negara masih berdepan dengan situasi ekonomi yang lemah dan tidak menentu. Ia didorong oleh beberapa faktor seperti banyaknya pilihan model-model baru yang diperkenalkan ke pasaran termasuk dari Proton dan jenama-jenama lain yang memiliki status kereta nasional. Dalam erti kata lain, bukan saja terdapat model baru tetapi juga ditawarkan pada harga yang sangat berdaya saing.

Oleh kerana faktor ekonomi dan harga minyak petrol yang tinggi (beberapa spekulasi kedengaran mengenai kenaikan harga minyak - walaupun ia tidak akan segera dilakukan kerana kerajaan tahu jika berbuat demikian bermakna markah populariti mereka akan turun menjunam ke paras seperti dua tahun lalu), terdapat dua pilihan bagi orang ramai. Beli kereta serba baru atau yang terpakai.

Penulis banyak juga menerima pertanyaan terutama daripada rakan-rakan mengenai perkara di atas. Secara umumnya penulis akan menasihati supaya mereka bertanya diri sendiri model dan segmen manakah yang benar-benar mereka mahukan dan perlukan. Mahu dan perlu adalah dua makna yang memiliki definisi berbeza. `Mahu' ialah hasrat yang mahukan sesuatu tanpa mengira faktor lain seperti kemampuan misalnya. Sementara `perlu' pula bermakna sesuatu yang benar-benar menepati kemahuan semasa, bukan memenuhi kemahuan impian seperti seorang bapa yang memiliki lima anak tapi mengimpikan kereta sports dua pintu.

Soalan kedua ialah perihal kemampuan atau bajet. Jika misalnya, mencari kenderaan tujuh tempat duduk dengan bajet RM100,000 maka itu banyak di pasaran. Tentunya jika bajet lagi besar, lagi banyak juga pilihan. Tepuk poket, tanya bajet. Berapa dana yang disediakan untuk bayaran pendahuluan. Ingat, bagi kereta baru minimum pendahuluannya ialah 10 peratus daripada harga atas jalan. Tetapi jika membayar hanya 10 peratus, kadar faedahnya juga tinggi dan bayaran bulanannya pun boleh tahan. Ingat, bayaran bulanan kereta anda tidak sepatutnya melebihi satu pertiga daripada pendapatan kasar bulanan.

Soalan ketiga ialah jika sulit sangat perihal bajet dan menyediakan bayaran pendahuluan, mengapa tidak meninjau kereta-kereta terpakai. Benar, daripada segi wang muka dan kadar faedahnya sedikit lebih tinggi berbanding kereta baru tetapi harga atas jalannya jauh lebih rendah berbanding yang baru. Gunakan pertimbangan sewajarnya dalam memilih model yang mahu dibeli.

Petua untuk membeli kereta terpakai ialah, seeloknya dapatkan rekod servis kereta. Perhatikan kekerapan ia dihantar untuk penukaran minyak hitam. Jika tiada rekod, gunakan kaedah manual. Bawa lampu suluh kecil. Buka bonet dan belek ke sisi dan bawah enjin. Cari kesan titisan minyak hitam. Jika ada, bermakna ia mengalami kebocoran. Elakkan daripada membelinya. Belek juga kesan-kesan kemek atau ketuk pada badan.

Masalah bagi kereta terpakai ialah jika ia disimpan terlalu lama (tidak terjual). Enjinnya tidak dijana dan tidak digerakkan. Tetapi lazimnya kereta-kereta yang tidak terjual ini membabitkan model-model tertentu (yang tidak boleh penulis nyatakan di sini). Maka itu, wajar bagi bakal pembeli untuk mendapatkan tips berguna mengenai jenama, teknologi dan tahun kereta itu dibina sebelum membuat keputusan.

 

 

 

 

 

 


( 2 Votes )
Last Updated on Wednesday, 12 August 2009 21:43
 

Comments  

 
+2 #1 Mohammad Bin Yaacob 2010-02-17 15:49
Kereta terpaka, Insuran kenderaan dan SPANCO. Tiga perkara ini harap dapat perhatian. Kereta terpakai dilarang guna setelah lebih 15 tahun, kenapa? Apa istimewa kereta baru. Keupayaan. Lihat kenderaan mat rempit. Bila komponen diganti baru bermakna keupayaan sama seperti baru. Manakala insuran hanya mementingkan perniagaan. Begitu juga dengan SPANCO. Kenderaan disewa. Mentanance ditanggung oleh penyewa. Kalau ditanya pendapat saya, saya katakan ini menanggung Biawak Hidup.
 

Sila Login atau Register untuk komen

 

IKLAN@UTUSAN

Polls

Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Utusan Online?
 

IKLAN@UTUSAN