Login

Online

AllVideos Reloaded


Gerbang Cinta
Avatar
10 Finalis Gerbang CintaPDFPrintE-mail
Monday, 16 November 2009 10:00
Written by Administrator

Untuk mengikuti perkembangan terkini 10 finalis Gerbang Cinta dan menghantar undian anda, sila layari www.syokkahwin.com/gerbangcinta.

 


( 1 Vote )
 
Avatar
Singgahsana idaman 'raja sehari'PDFPrintE-mail
Friday, 02 October 2009 00:00
Written by NOOR FAZRINA KAMAL

 
Satu lagi pelamin berkonsep taman hasil rekaan Mohd. Azmy.


 

PELAMIN ibarat singgahsana atau gerbang cinta bagi pasangan raja sehari kerana di situlah tercipta detik manis bagi satu permulaan pada perjalanan memasuki alam baru sebagai suami isteri.

Berpegang pada falsafah itu Mohd. Azmy Osman, 34, menghimpun idea bagi melahirkan rekaan-rekaan pelamin yang diharap terpahat sebagai sebahagian momen indah yang dikenang sepanjang hayat bukan saja oleh pasangan pengantin bahkan tetamu yang hadir.

Bagi pengasas Orked Art & Decoration yang juga dikenali sebagai Orked Bridal House ini, hiasan pelamin antara elemen terpenting bagi keseluruhan dekorasi sesuatu majlis perkahwinan.

"Namun mencipta dan mereka hias singgahsana atau pelamin yang unik serta lain daripada yang lain bukan kerja mudah.

"Ia memerlukan idea kreatif dan daya imaginasi tinggi selain kesanggupan untuk berbelanja lebih," jelasnya.

Atas dasar ingin mencari kelainanlah, kebanyakan pelamin rekaan anak muda ini banyak bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih tetapi beliau puas kerana di situlah beliau dapat mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaannya.

"Bunga-bunga segar yang sudah digunakan tidak boleh diulang pakai untuk rekaan lain. Jadi setiap pelamin yang dihasilkan adalah eksklusif dan tidak akan sama dengan rekaan terdahulu," katanya yang banyak mengumpul pengalaman berkerja dengan perunding perkahwinan terkenal sebelum memulakan perniagaan sendiri kira-kira 10 tahun lalu.

Pereka perkahwinan bukan perancang perkahwinan

Mohd. Azmy, juga mempunyai pandangan tersendiri dalam melihat industri yang diceburi sekarang ini.

Katanya, di Barat pasangan pengantin berbelanja besar semata-mata untuk mengupah pereka perkahwinan atau wedding designer bagi merealisasikan majlis yang diimpikan.

Perkhidmatan pereka perkahwinan ini adalah satu kemestian kerana lazimnya mereka mahu majlis tersebut istimewa dan berbeza dengan majlis perkahwinan orang lain.

"Senario di Malaysia pula masih belum ke tahap itu walaupun kita mempunyai banyak perunding perkahwinan.

"Rata-rata pasangan pengantin lebih suka meniru rekaan-rekaan pelamin atau hiasan lain seperti yang mereka lihat dalam majalah dan sebagainya.

"Alasannya mereka tidak mahu kelihatan pelik dan takut disindir oleh tetamu yang hadir sedangkan mereka sebenarnya boleh memiliki singgahsana yang tersendiri dan eksklusif," katanya.

Atas alasan itu juga Mohd. Azmy mahu Orked Bridal House dikenali sebagai pereka perkahwinan dan bukannya perunding atau perancang perkahwinan.

"Tentunya gaya kami berbeza. Kami bukan saja menawarkan rekaan hiasan pelamin termasuk kamar pengantin dan meja makan yang eksklusif, bahkan koleksi busana persandingan dan jurusolek yang sentiasa mencari kelainan sesuai dengan cita rasa semasa.

"Selain itu, kami sentiasa berkerjasama dengan bakal pengantin untuk mereka cipta majlis perkahwinan yang diimpikan.

"Bermula daripada barang hantaran, cenderahati, kad jemputan, sehinggalah pelamin kami sedaya upaya akan merealisasikan impian bakal pengantin.

"Selalunya kami akan memberi pandangan dan berbincang dengan pasangan bagaimana mahu menjadikan majlis mereka berjalan dengan lancar dan gemilang," katanya.

Kerjasama dengan pereka pelamin dari Indonesia

Bagi mencipta kelainan dalam setiap rekaan, bekas pemain bola sepak Liga Malaysia ini berkata, Orked Bridal House turut berkerjasama dengan pereka perkahwinan dari Indonesia.

Selain itu, kepakaran Mohd. Azmy sendiri dalam pembikinan dokumentari televisyen selama lebih 10 tahun dimanfaatkan dalam rakaman video sesuatu perkahwinan.

"Biasanya saya akan menghasilkan satu rakaman video bermula dari zaman kanak-kanak kedua mempelai hinggalah ke detik mereka dinikahkan. Secara ringkasnya boleh diibaratkan saya mencipta sebuah rancangan 'realiti TV' khas buat tatapan pengantin sekeluarga.

Kualiti keutamaan Orked Bridal House

Dalam pada itu, nama Orked Bridal House sememangnya sinonim dengan kualiti dan keaslian hasil kerja mereka.

Jadi tidak hairanlah jika 'rumah perkahwinan' ini kerap menjadi pilihan di kalangan selebriti, tokoh korporat dan VIP tempatan.

"Saranan saya sebelum mendapatkan khidmat perunding perkahwinan mahupun pereka perkahwinan, pasangan seharusnya sudah mempunyai sedikit idea dan tema yang diingini.

"Pengantin seharusnya melakukan home work terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan perancang atau pereka perkahwinan. Ini bertujuan agar tidak berlaku pertindihan idea," jelasnya.

Langkah ini juga perlu bagi memudahkan pihak perancang perkahwinan menghidupkan kehendak pelanggan.

"Hasil gabungan kreativiti dan perbincangan membuatkan apa yang dihajati akan tercapai.

"Ia tidak terhad kepada rekaan pelamin di rumah saja, bahkan mampu menukar suasana dewan atau taman yang kosong menjadi singgahsana raja sehari yang menawan.

"Kesimpulannya kami hadir dalam bentuk kemahiran dan kepakaran di samping harga yang berpatutan," ujar Mohd. Azmy bersungguh-sungguh.

Orked Bridal House yang terletak di 150, Jalan 18/19 taman Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor, boleh dihubungi melalui talian 012-6994645 atau lawati laman web: www.orkedbridal.com


( 1 Vote )
 
Avatar
Hidangan isitimewa Mastar CateringPDFPrintE-mail
Friday, 25 September 2009 00:00
Written by DIYANA ROSE KAMALLUDEEN


 
Meja makan beradab dihiasi ukiran buah dan bunga segar.


BERNIAGA makanan sememangnya cukup mencabar apatah lagi jika tidak berbekalkan kesungguhan, semangat, komitmen dan pengorbanan yang besar.

Itu belum lagi mengimbangi kerjaya dan keluarga, mengumpulkan pelanggan tetap, memperoleh pendapatan stabil dan mengembangkan potensi bisnes kepada sesuatu yang lebih komersial dan berdaya maju.

Sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan di kantin Sekolah Menengah Alam Shah awal 1980-an dahulu, Mastar Muni tidak terfikir mampu mengorak langkah ke perniagaan katering secara besar-besaran.

Hari ini, Mastar Catering menjadi sebutan sebagai antara penyedia hidangan majlis paling lazat di pasaran ketika ini.

Kata Mastar, 47, penglibatan awalnya dalam bidang katering bermula sekitar 1990-an apabila terpilih sebagai 10 pengusaha yang menyediakan makanan sebuah majlis rasmi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

"Paling tidak dapat dilupakan apabila salah seorang tetamu kehormat memuji keenakan rendang daging, nasi beriani dan ayam merah kami berbanding katerer lain yang jauh lebih terkenal serta berpengalaman," ujarnya ketika ditemubual oleh Mega, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, Mastar Catering tidak akan berjaya jika bukan kerana hasil usaha beliau dan isteri, Jamilah Shahir, 43, yang mengetengahkan resipi nasi lemak kukus daun pisang sebagai 'produk' sulung.

Pada tahun 1983, Mastar berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam Taman Tenaga yang mempunyai majoriti penduduk Cina tetapi amat gemarkan keenakan sambal dan nasi lemaknya.

Pun begitu hendak mendapatkan resipi memasak hidangan tradisi Melayu kegemaran ramai (termasuk pelancong asing) itu bukanlah perkara yang mudah.

Menurut Mastar, beliau sendiri mengambil masa beberapa tahun untuk memperbaiki resipi yang dipelajari daripada kakak-kakaknya, Juriah, 55, dan Misirah, 52, yang juga pakar dalam bidang memasak sepertinya.

Setelah berjaya mendapatkan hasil terbaik, beliau mula mendapat tender berniaga di kantin Flat Sri Sabah tetapi sekali lagi kecundang ketika krisis kegawatan ekonomi sekitar tahun 1998.

"Kami terpaksa menjual tong gas, peti ais, rumah, kereta dan hampir segalanya. Memang cukup susah untuk bangkit semula apatah lagi kurang pengalaman mengurus bisnes dengan baik.

"Untuk bangun semula, saya dan isteri mula dari bawah, berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan di pasar malam dan Restoran Maulana, Serdang," jelasnya.

Kini Mastar Catering tidak putus-putus menerima tempahan sepanjang tahun dengan purata empat atau lima majlis perkahwinan sebulan, selain lima kali seminggu berniaga di pasar malam dan memenuhi tempahan-tempahan lain.

Bermula dengan dua pekerja (Mastar dan isteri) hari ini seramai 11 pekerja diberi tugas membantu di dapur, mengemas dan menguruskan tempahan para pelanggan.

"Insya-Allah, jika ada rezeki kami akan membuka restoran tidak lama lagi.

"Impian saya adalah sebuah dapur serba lengkap dan selesa untuk memberi perkhidmatan dan produk terbaik kepada pelanggan," ujar Mastar yang mempunyai lima anak berusia 8 hingga 19 tahun.

Jenama Mastar cukup dikenali ramai dengan pelbagai menu istimewa dan menyelerakan seperti rendang Minang, Palembang dan ayam merah bermadu yang mempunyai tiga rasa iaitu masam manis dan pedas tetapi sesuai dimakan kanak-kanak.

"Bukan itu sahaja malah kami juga menawarkan sotong kering, ayam percik, ayam golek, kambing bakar atau panggang mengikut tempahan," kata Mastar yang merupakan pengurus Mastar Catering.

Tambahnya lagi, pelbagai lauk pauk istimewa seperti ikan puyu masak lemak cekur iaitu hidangan Jawa juga boleh disediakan selain nasi ambang, sambal goreng jawa, pecal dan soto.

"Apa jua permintaan tuan rumah boleh disediakan sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis rasmi di pejabat atau sekolah, juga kenduri tahlil," kata Jamilah yang merupakan tukang masak utama Mastar Catering, selain suaminya.

Sepanjang bulan Ramadan, Mastar Catering menjual menu istimewanya, nasi lemak kukus dan ayam dara berempah kepada ribuan pelanggan di bazar Taman Impian Ehsan serta Putrajaya.

Selain itu, lain-lain hidangan yang ditawarkan adalah kerabu kerang, mangga, sayur dan perut selain kegemaran ramai, rendang, sambal sotong, ayam masak merah dan ikan bakar.

Tidak ketinggalan, asam pedas ikan pari, udang dan paru goreng sambal menjadikan keseluruhan lebih 25 jenis juadah disediakan setiap hari untuk jualan.

Kelebihan perkhidmatan Mastar Catering selain menyediakan hidangan lebih jika berlaku kekurangan, ia juga mampu mengambil tempahan pada saat akhir.

Bagaimanapun tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis berlangsung dan hanya makanan akan disediakan.

"Ini kerana kami sentiasa beroperasi 24 jam setiap hari, jadi memang sentiasa ada stok nasi dan ayam untuk membantu tuan rumah yang menghadapi masalah tempahan, katerer lari atau apa sahaja," tambahnya.

Pakej perkahwinan Mastar Catering pula merangkumi sistem audio, dekorasi (tidak termasuk pelamin), bunga segar (untuk meja pengantin), khemah dan pengurusan majlis.

Tempahan dibuka untuk penduduk sekitar Lembah Klang sama ada majlis perkahwinan, bertunang, akad nikah, rumah terbuka Aidilfitri, makan malam, hari keluarga, kenduri kesyukuran, majlis hari jadi, mesyuarat dan seminar.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 03-8961 7603, 016-672 5543 atau kunjungi laman web www.mastarcatering.com.

Dalam pada itu, Mastar Catering merupakan salah satu panel penaja bagai Peraduan Gerbang Cinta anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega.

Peraduan yang julung kali diadakan itu menawarkan hadiah pakej perkahwinan yang cukup lumayan bernilai lebih RM250,000.

Menurut Mastar, pihaknya berbesar hati menaja sajian makanan bagi majlis perkahwinan itu nanti.

"Saya berharap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga mengambil kesempatan menyertai pertandingan ini.

"Siapa yang tak mahu kahwin percuma dengan segalanya ditaja daripada tempat, jamuan makan, pelamin hinggalah kepada bulan madu. Siapa yang menang pasti bertuah," katanya.


( 0 Votes )
 
Avatar
Sentuhan emas jemari AfidahPDFPrintE-mail
Friday, 11 September 2009 00:00
Written by NOOR FAZRINA KAMAL

 


 
Dari kiri, Rosliza Mohd Nor, Afidah Khamis, Zuraida Mohamad dan Nor Haniza Abdul Hadi.


NAMA Afidah Khamis mungkin tidak begitu dikenali berbanding jurusolek-jurusolek artis ternama yang kerap menghias dada akhbar atau majalah bersama hasil kerja mereka.

Namun tidak bermakna hasil solekan wanita kecil molek ini boleh dikompromi.

Mula 'bermain' dengan berus dan warna sejak tahun 2003, wanita yang memiliki ijazah dalam bidang kaunseling dari Universiti Islam Antarabangsa ini semakin optimis apabila beliau mewujudkan kumpulan jurusoleknya sendiri atas label Afidah Khamis Makeups & Stuff.

"Saya bermula sebagai jurusolek sambilan di salah sebuah butik pengantin di Kuala Lumpur. Dari situ impian membuka butik pengantin sendiri bercambah dan azam untuk mendalami bidang ini semakin kuat " ujarnya ketika hadir di pejabat Utusan Malaysia , baru-baru ini.

Enam tahun mengumpul pengalaman mengandam dan menata rias wajah pengantin, baru beliau berkeyakinan untuk bergerak sendiri secara sepenuh masa.

Dalam tempoh itu juga dia berkongsi ilmu solekan dengan mengajar mereka yang berminat.

Afidah, 36, yang kini turut membantu suaminya Mohd Azmy Othman menguruskan butik pengantin Orked Bridal House mengakui tidak mudah melunaskan tanggung jawab merias pengantin.

Ini kerana bakal pengantin serta ahli keluarga mengharapkan penampilan yang sempurna pada hari persandingan.

"Sebab itu sebelum memulakan solekan saya memilih untuk berbual-bual dengan pengantin perempuan. Dari situ saya akan dapat lihat personaliti mereka untuk menghasilkan solekan sesuai dengan karakter pengantin," jelasnya.

Menurut Afidah, kalau zaman dahulu, seorang mak andam akan memberi nasihat tentang tanggung jawab seorang isteri kepada bakal pengantin perempuan beliau mengadaptasi cara tersebut dengan ilmu kaunseling yang dipelajarinya ketika di universiti.

"Cara ini secara tidak langsung mengaitkan dengan asal usus seni andaman pengantin itu sendiri. Di mana mak andam, menasihati bakal pengantin perempuan dengan nasihat rumah tangga yang berguna.

"Saya bukanlah mahir seperti cara mak andam tradisional dulu, cuma mereka perlu tahu seri perempuan itu amat penting untuk suami dan ia lahir dari dalam," jelasnya.

Pengalaman demi pengalaman membuatkan Afidah semakin yakin dengan hasilnya lebih-lebih lagi apabila ramai pengantin yang melahirkan rasa puas hati.

"Menyedari ramai yang berminat terhadap dunia solekan maka saya menubuhkan kumpulan jurusolek Afidah Khamis Make ups & Stuff.

"Buat masa ini saya mempunyai dua pelajar yang membantu saya dalam kerja-kerja andaman.

"Saya suka mengajar dan pada masa yang sama menimba ilmu. Saya sering membuat rujukan hasil solekan jurusolek dalam dan luar negara.

"Apabila kita berkongsi ilmu, kita akan dapatkan ilmu lagi, saya juga menyolek bukan untuk wang semata-mata, sebaliknya saya mahu semua perempuan terutama para 'ratu sehari' tampil cantik," ujarnya sambil dipersetujui oleh rakan-rakannya.

Sementara itu salah seorang ahli Afidah Khamis Make Ups & Stuff, Nor Haniza Abdul Hadi, 29 berkata, minat mempelajari ilmu solekan bermula ketika melihat Afidah menata rias sepupunya ketika majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa tahun lalu.

"Selepas 'berguru' dengan Afidah saya memberanikan diri menyolek pengantin. Sehari sebelum menyolek pengantin sebenar memang tidak boleh tidur dibuatnya kerana memikirkan apakah saya boleh memberikan yang terbaik tapi selesai solek ramai yang memuji, itulah kepuasan sebenar seorang jurusolek," jelasnya.

Nor Haniza yang memilih melakukan kerjaya jurusolek sebagai sambilan mendapat sokongan dari suaminya.

Seorang lagi ahli kumpulan jurusolek Afidah, Zuraida Mohamad, 28 pula berkata, minat terhadap bidang solekan datang secara semula jadi dalam dirinya.

Dia yang beroperasi dari Muar, Johor sering meminta khidmat nasihat 'sifunya', Afidah menerusi panggilan telefon.

"Saya seronok dapat mencantikkan perempuan, teknik solekan asas memang saya sudah pelajari dari Afidah, bila bersolek saya hanya perlu menggunakan kreativiti yang diadun dengan cara asas yang telah dipelajari," jelasnya.

Melengkapi kumpulan jurusolek, Afidah memilih Rosliza Mohd Nor, 43, sebagai perunding persediaan pengantin.

Tugas Rosliza lebih kepada persediaan diri, penjagaan kulit dan rohani bakal pengantin.

"Kebersihan penjagaan pemakanan adalah antara aspek penting bagi seorang pengantin. Dengan kesempurnaan dari aspek ini maka seri seorang pengantin akan lebih naik selepas solekan," ujar Rosliza yang bercadang mewujudkan sebuah akademi holistik bagi bakal pengantin.

Dalam pada itu Afidah Khamis Make ups & Stuff akan bertanggungjawab menata rias bakal pengantin yang menjuarai Pertandingan Gerbang Cinta-Mega Utusan Malaysia.

Ditanya tentang pembabitan beliau sebagai penaja untuk solekan pengantin dalam pertandingan itu, Afidah mengakui cukup bertuah diberi peluang tersebut.

"Tidak sabar rasanya menunggu pasangan yang berjaya nanti. Setakat ini saya sudah mula memikirkan konsep-konsep solekan yang sesuai tetapi biarlah saya rahsiakan dulu," katanya menutup perbualan.

Bagi pasangan yang ingin mendapatkan khidmat solekan Afidah Khamis Make Ups & Stuffs boleh menghubungi 012-29040066.


( 0 Votes )
 
Avatar
Gerbang Cinta terima sambutan menggalakkanPDFPrintE-mail
Monday, 10 September 2007 00:00

 


 
Sertai Pertandingan Gerbang Cinta untuk mendapat majlis perkahwinan ditaja.

SEJAK dilancarkan pada 19 Ogos lalu, Pertandingan Gerbang Cinta MEGA-Utusan Malaysia (Gerbang Cinta) terus mendapat sambutan daripada pasangan bercinta yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Gerbang Cinta yang dibuka penyertaannya kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama telah menarik perhatian ramai kerana selain menawarkan pelbagai hadiah yang menarik, segala-galanya juga akan ditaja termasuk kenduri kahwin.

Bakal pengantin tidak perlu bersusah payah memikirkan persiapan yang perlu dilakukan kerana mereka hanya perlu 'membawa diri' dan selebihnya diuruskan oleh pihak penaja.

Manakan tidak, sebanyak 10 penaja sebagai rakan pintar seperti Orked Art and Decoration, Mastar Catering, syokkahwin.com, MAEPS Management Sdn. Bhd., Picture Elements, Kampung Pengantin, jurusolek Afidah Khamis, T&T Boutique, Rumah Acara dan QM Worldwide Holidays, yang pastinya menjadikan majlis kenduri meraikan pengantin penuh gilang-gemilang.

Penyertaan yang diterima, datangnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan ia dijangka akan bertambah selepas hari raya nanti.

Pertandingan menawarkan hadiah tempat pertama berupa pakej perkahwinan bernilai RM150,000 meliputi sajian makanan dan lokasi perkahwinannya di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur.

Hadiah kedua pula bernilai RM50,000 meliputi sajian dan lokasi di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor, manakala hadiah ketiga ialah pakej perkahwinan bernilai RM25,000 dan lokasinya di kampung halaman pemenang yang terpilih. Ketiga-tiga pakej tersebut meliputi jamuan, dekorasi pelamin, fotografi, busana video, solekan, kad jemputan dan banyak lagi.

Selain itu tujuh pasangan bernasib baik juga bakal membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM4,000 setiap satu.

Menarik bukan? Jadi bagi pasangan yang berhasrat ingin menyertai peraduan ini tetapi belum melakukannya, jangan tunggu lagi kerana tarikh tutup penyertaan hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi.

Mulai sekarang, apa kata anda kumpul 50 kepala akhbar (mast-head) Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia mana-mana hari dari hari ini hingga 20 Oktober ini selain kepilkan tiga keping gambar majlis pertunangan paling menarik berukuran 5R dengan menyatakan tarikh dan lokasi majlis.

 

 


( 0 Votes )
Last Updated on Wednesday, 11 November 2009 02:52
 


 

IKLAN@UTUSAN

Polls

Apakah komponen interaktif yang anda inginkan di Utusan Online?