|
SELAIN kisah skandal, politik dan bola sepak, satu lagi topik popular sembang sambil minum teh tarik dengan teman-teman ialah kereta. Topik ini begitu unik kerana semua akan mengaku diri masing-masing pakar terutama bab mengkritik kereta nasional tetapi sanggup berbelanja besar membeli kereta asing walaupun berstatus ‘kereta terpakai’ atau second-hand.
Hari ini kita tidak berbicara mengenai spesifikasi kereta atau pengendaliannya kerana ruangan khusus pemotoran akhbar ini ialah dalam sisipan Wow terbitan setiap Sabtu. Sebaliknya, hari ini kita akan mengembangkan sedikit pengetahuan mengenai industri auto global yang boleh anda bahaskan bersama teman-teman bermula dengan dua soalan dibawah:
1) Apakah jenama kereta yang diketahui berasal dari negara A tetapi kini dikuasai negara B?
2) Negara apakah yang pernah dikenali sebagai satu daripada kuasa dunia automotif tetapi kini bukan lagi?
|
|
Last Updated on Sunday, 31 January 2010 23:43 |
|
|
MULAI 1 Mei ini, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Puncanya? Demi untuk memastikan hanya rakyat Malaysia yang benar-benar menikmatinya kerana wujud sebilangan warga asing yang memasuki negara ini turut sama mengambil kesempatan daripada harga petrol yang disubsidi kerajaan pada masa ini.
Jika itu tidak cukup rumit untuk difahami, satu lagi dasar ialah mengenakan harga petrol berlainan mengikut kapasiti enjin. Lagi besar kapasiti, maka tidak layak dapat subsidi. Ini yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
|
|
Last Updated on Friday, 15 January 2010 19:59 |
|
KETIKA iPhone masih lagi hebat diperkatakan di Malaysia, Google cuba menyelit dengan melancarkan telefon bimbit pintar terbaru mereka Nexus One, 5 Januari lepas.
Dilihat sebagai saingan tedekat iPhone, Nexus One dilihat merupakan pencabar utama kedua-dua spesies itu dalam generasi telefon bimbit pintar.

Dilancarkan di Ibu Pejabat Google di Mountain View, California, jentera Nexus One masih menggunakan sistem operasi (OS) Android terbaru namun perkakasan dalam telefon itu direka bentuk dan dihasilkan oleh pembuat telefon bimbit Taiwan, HTC.
|
|
Last Updated on Monday, 11 January 2010 22:29 |
|
MAHUKAH anda menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 mahupun filem-filem terkenal masa kini dalam bentuk tiga dimensi (3D)?
Sudah pasti ia memberikan satu kelainan berbanding tontonan filem biasa lebih-lebih lagi dengan pelbagai aksi yang mendebarkan.
Kini filem Avatar yang ditayangkan secara 3D sentiasa mendapat sambutan box office sehingga menyebabkan ada peminat filem itu menontonnya berulang-ulang kali.

|
|
Last Updated on Monday, 11 January 2010 22:29 |
|
BEKAS pelumba Formula 1, Alex Yoong berhak untuk berkecil hati terhadap Petronas yang memilih untuk tidak menaja pasukan Lotus F1 Racing. Syarikat pengeluar minyak negara itu sebaliknya, memilih untuk menaja pasukan Mercedes GP.
Keputusan Petronas itu memang menghairankan pemerhati setelah ia membayangkan tidak terlibat dengan mana-mana pasukan pada musim F1 2010 ini berikutan penarikan diri pasukan BMW yang ditajanya sebelum ini.
|
|
Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 18:27 |
|
KECIL, mudah digunakan dengan lensa yang mempunyai pusingan fokus yang laju antara kehebatan yang ada pada hibrid kamera lensa tunggal refleks digital (DSLR), Panasonic Lumix GF-1.
Walaupun Panasonic baru sahaja mengumumkan dua kamera yang menggunakan teknologi Micro Four Thirds sejak dua tahun kebelakangan, reka bentuk serta teknologi yang diperkenalkan melalui Lumix GF-1 membuatkan konsumer mahu Panasonic meneruskan pembangunan teknologi kamera hibrid itu.
|
|
Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 19:08 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 4 |