Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Mohd. Hazli Hassan

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Artikel: Mohd. Hazli Hassan
Terengganu oh Terengganu
Terengganu sebuah negeri yang amat indah. Dari pulau, laut hinggalah ke kawasan tasik buatan manusia serta hutan, berada di negeri itu memberikan satu kelegaan kepada sesiapa. Namun, keindahan itu semakin hari semakin terhakis ekoran pembangunan.


Hargai alam dan diri sendiri. Contohi Perlis, USM, UIA, UMT
Polistirena sebenarnya mampu menyebabkan kerosakan sistem pembiakan manusia selain ia juga menjadi antara penyebab kanser dan leukemia. Di sinilah datangnya pelbagai penyakit misteri termasuk kanser yang kini semakin menular dalam kalangan penduduk negara ini. Kanser merupakan pembunuh No. 2 di Malaysia. Angka pesakit kanser semakin meningkat. Kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status.



Penyu terus menangis, kali ini di Perhentian pula
Pulau Perhentian, Terengganu merupakan antara pulau yang menjadi pendaratan penyu bertelur sepanjang musim. Kehadiran begitu banyak penyu di pulau ini diambil kesempatan oleh segelintir pengusaha pelancongan untuk melariskan produk pelancongan mereka.
Namun usaha yang dijalankan tidak selari dengan aspek pemuliharaan dan penjagaan habitat marin itu sendiri. Malah, ia dilihat merosakkan ekosistem selain menggangu keadaan asli spesiesn prasejarah itu. Adakah kerajaan negeri masih mahu berdiam diri dan hanya mengatakan kemasukan lebih ramai pelancong lebih baik daripada 'mungkin' kematian seekor penyu?


Matlamat tidak menghalalkan cara
Sebelum ini ada saya menulis mengenai seorang pemandu pelancong yang membawa pengunjung ke Pulau Perhentian memegang penyu. Penyu itu dibawa naik ke permukaan dari dasar laut untuk membolehkan pelancong yang menjalani aktiviti snorkeling memegang penyu berkenaan.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutama dalam kalangan mereka di laman sosial sehingga menyebabkan syarikat yang mengendalikan pakel snorkeling berkenaan meminta maaf ekoran insiden itu.
Cuma mereka memberi alasan, penyu berkenaan memang rapat dengan pemandu pelancong tersebut.


Merapoh yang semakin rapuh
"Menjadikan daerah Lipis sebagai sebuah daerah yang maju dengan persekitaran yang bersih, melalui pembangunan yang terancang di samping memulihara warisan sedia ada" - Rancangan Tempatan Daerah Lipis


Isu Merapoh: Ambil iktibar tanah runtuh

KETIKA ini, masih hangat lagi diperkatakan mengenai tragedi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa. Ekoran kejadian pada 28 Disember tahun lepas itu, lebih kurang 100 kelaurga terpaksa dipindahkan malah ada juga rumah banglo mewah yang terletak di puncak bukit berkenaan perlu diroboh dalam memastikan keadaan sekeliling terus selamat. Terkini, di Putra Heights pula. Tebing bukit yang sedang dalam pembinaan roboh sehingga menyebabkan banjiur selut. Jadi adakah kita alpa dengan kejadian ini? Tragedi Highland Towers dan Bukit Antarabangsa belum memberi sebarang peringatan?
 




Parlimen dah bubar, bendera, poster jangalah biar bersepah pula
KETIKA ini pekerja parti tidak kira Barisan Nasional mahupun pakatan pembangkang pastinya bertungkus lumus menyediakan lojistik untuk keperluan kempen selepas pembubaran Parlimen oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan sudah pastinya mereka akan bersungguh-sungguh untuk mempromosikan parti masing-masing dengan menaikkan bendera parti tidak kira di mana-mana. Malah, bendera parti-parti politik ini sudah kelihatan sejak dia tiga minggu kebelakangan ini.


PRU dah habis. Kabinet dah dibentuk. Bendera, poster, bila nak bersihkan YB?
Pilihan Raya Ke-13 baru selesai. Hasilnya, Barisan Nasional dapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Malah, BN juga berjaya membentuk majoriti kerajaan di negeri-negeri seluruh Malaysia selain Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Apa pun, saya nak ucapkan tahniah kepada semua parti yang bertanding. Usaha dan promosi serta propaganda yang dilakukan memberikan hasilnya hari ini. 
Namun pilihan raya tidak terlepas dari perang poster. Jika dulu, kain atau kertas lebih banyak digunakan, kali ini nylon, tarpaulin, canvas dan palstik-plastik sintetik.


Hanya di Grik. Buang sampah boleh tengok Gajah
Tak ada yang peliknya di sini. Kita sebenarnya semakin rakus menerokai hutan untuk dijadikan penempatan.
Penduduk asal semakin tersepit. Siapa penduduk asal? Binatang liar di hutan termasuk hariamau, badak sumbu, gajah dan lain-lain lagi.
Semakin ramai manusia di atas muka bumi ini semakin cepatlah hutan-hutan yang ada di negara kita cerah.
Pertembungan antara manusia dan binatang liar tidak dapat dipisahkan.
Kali ini di Grik, Perak!


Perairan Johor kini hanya boleh dinikmati penyelam 'kaya' sahaja

Dua tiga hari ini kecoh mengenai yuran konservasi baru yang diperkenalkan untuk penyelam skuba memasuki kepulauan Johor terutama di Taman Laut Sultan Iskandar - TLSI (yang dahulunya dikenali sebagai Taman Negara Johor Kepulauan Mersing). Jika dahulu tiada sebarang bayaran dikenakan, namun kali ini bermula bulan hadapan, setiap penyelam bakal dikenakan RM200 seorang sehari untuk menyelam di TLSI.




Kereta elektrik Proton: Adakah menjadi kenyataan?
Kerajaan pada satu ketika diberikan kira-kira lapan buah kenderaan berasaskan teknologi elektrik separa dan sepenuhnya pada penghujung tahun 2011. Penyerahan kereta-kereta berteknologi hijau oleh Proton pada fasa pertama melalui Program Kenderaan Fleet Test itu bertujuan untuk membolehkan satu kesepatakan dan maklum balas sebelum produksi industri dijalankan.

Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook