Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: `Sorry darling abang nak main golf'

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


`Sorry darling abang nak main golf'







Pemain golf yang sedang meningkat naik Anirban Lahiri terpaksa memendekkan tempoh berbulan madu dengan pasangan yang baru dikahwininya semata-mata untuk membolehkan dia bermain pada kejohanan major di Royal Liverpool, Hoylakes.

Pemain golf dari India yang menduduki rangking ke-85 dunia itu baru sahaja tiba di Madagascar dua hari apabila dia diberitahu telah dipilih untuk bertanding kejohanan berprestij itu yang berlangsung dari 17 hingga 20 Julai ini.

Bagaimana Lahiri memujuk pasangannya untuk membolehkan dia mengejar impian golfnya tidak diketahui.

Lahiri memberitahu Asian Tour dia berharap dapat bermain dengan tenang selepas melalui tempohyang cukup sibuk kerana persiapan perkahwinan sejak Mei lalu dan kini terpaksa menguruskan visa, penginapan dan tiket penerbangan.

Menurut Lahiri, sebelum ini dia tidak menyangka akan terpilih menyertai kejohanan itu dan menyebabkannya dia mengambil keputusan untuk berbulan madu sementara terdapat kelapangan.

Kini dia terpaksa memendekkan bulan madu pula kerana tuntutan kerjayanya.

Sebagai isteri kepada pemain golf profesional perkara sedemikian memang seharusnya telah diduga.

Lahiri berjanji dia akan membawa isterinya itu berbulan madu kali kedua di Madagascar dan kita berdoa dia dapat menunaikan janjinya.

Lahiri sebelum ini telah memenangi Indonesian Master dan berjaya meletakkan diri kalangan tempat ke-10 dalam empat kejohanan membolehkan beliau berada dalam senarai pilihan.

Kehadiran pemain dari Bangalore disedari ketika dia membenam hole-in-one pada kejohan Royal Lythm and St Annes pada 2012.

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook