Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Pekerja asing: Larangan patut diperluaskan ke hotel-hotel

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Pekerja asing: Larangan patut diperluaskan ke hotel-hotel




SEORANG pelayan dari negara Afrika melayani pelanggan yang menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.


WARGA Afrika turut digunakan oleh pengurusan hotel di negara ini untuk menjadi penyaji makanan. - Gambar Hiasan


TIADA lagi kelibat pekerja asing di restoran-restoran makanan segera di negara ini. Ia berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan Pendatang Asing Tanpa Izin ke-11 yang tidak membenarkan pekerja asing digaji di restoran berkonsep sedemikian.


Keputusan itu sudah pasti mengembirakan para pengguna yang selama ini setiap kali makan di restoran sedemikian di negara ini tetapi seolah-olah berada di negara asing ekoran kalangan pekerjanya terdiri daripada wajah-wajah Asia Selatan dan ada juga Afrika.


Namun sudah pasti langkah diambil kerajaan itu membuatkan para majikan gelisah kerana terpaksa 'berusaha keras' untuk mendapatkan rakyat tempatan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh pekerja asing ini.


Para majikan sudah pasti berkeluh-kesah kerana terpaksa menggajikan pekerja tempatan yang kebanyakan mereka menuntut gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja asing, di samping pelbagai kemudahan lain. Jika tidak, mereka tidak akan bekerja.


Saya kira tuntutan rakyat tempatan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi sekurang-kurang pada paras gaji minimum di samping kemudahan lain termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah wajar. 


Hal ini kerana kebanyakan restoran makanan segera di negara ini dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, apatah lagi perniagaan makanan segera sememangnya menguntungkan.


Bagaimanapun kebanyakan majikan mahukan keuntungan yang lebih berganda dengan menggajikan pekerja asing yang mana gaji yang ditawarkan jauh lebih kecil berbanding rakyat tempatan serta tidak perlu untuk membuat caruman KWSP atau bayaran kesihatan. 


Bagi mengelak mereka dianggap mengabaikan pekerja tempatan, para majikan memberi alasan tiada rakyat tempatan untuk bekerja di premis perniagaan mereka sedangkan kenyataannya beribu-ribu anak tempatan terpaksa menganggur kerana ketiadaan pekerjaan.


"Orang kita tak mahu bekerja sebab gaji rendah. Sebab itu mereka upah pekerja asing..." Itulah kenyataan skeptikal yang sering diberikan.


Apakah benar begitu? 


Jika soalan ini ditanyakan kepada anak-anak muda kita yang menganggur di luar sana, sudah pasti jawapan mereka tidak sedemikian. Mereka sebetulnya sanggup bekerja asalkan upah yang diberikan sesuai dengan pasaran.


Bagaimanapun para majikan yang kebanyakannya lebih mementingkan keuntungan memilih untuk menggajikan pekerja asing di luar sektor perladangan, perkilangan, pembinaan dan pembantu rumah. 


Sekarang ini bukan sahaja restoran-restoran makanan segera sudah dimasuki pekerja asing, malahan juga di sektor perghotelan. Hotel-hotel berbintang di ibu negara kini mula menggajikan pekerja asing termasuk dari negara-negara Afrika dan Bangladesh.


Lebih parah lagi ada kalangan pekerja ini tidak mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan. Jika keadaan ini berterusan, ia bukan sahaja menutup peluang anak-anak kita yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang perhotelan dan penyajian makanan lebih parah lagi mencemar nama baik industri di mata pelancong asing.


Pandangan ini dibuat bukan berasaskan tanggapan tetapi atas pengalaman sendiri yang menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel berbintang di ibu negara di mana pelayan yang melayani kami terdiri daripada lelaki-lelaki Bangladesh yang tidak boleh berbahasa Melayu apatah lagi Inggeris.


Cara mereka memegang gelas dan menyajikan makanan jelas mereka tidak diberikan latihan yang mencukupi. 


Begitu juga pengalaman saya menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah hotel yang lebih tinggi bintangnya, juga didapati menggunakan pekerja asing dari benua Afrika sebagai pelayan.


Saya tidak fikir pengambilan pekerja asing di kedua-dua hotel itu kerana tiada anak-anak tempatan mahu bekerja kerana kenyataannya di luar sana ramai anak muda yang masih mencari pekerjaan terutama kalangan lepasan sekolah.


Jadi apabila Jawatankuasa Kabinet dan Pendatang Asing Tanpa Izin mengeluarkan arahan melarang menggaji pekerja asing di restoran-restoran makanan segera, saya kira larangan itu patut diperluaskan ke sektor perhotelan.


Kita tidak mahu industri perhotelan negara yang kini menduduki ranking yang cukup tinggi di mata pelancong akan terjejas hanya penggunaan pekerja asing di hotel-hotel negara ini.





Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook