Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Peluang terbaik akar umbi pilih pemimpin

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Peluang terbaik akar umbi pilih pemimpin



ATURAN, kaedah serta syarat pemilihan UMNO yang mula diperkenalkan tahun ini pastinya

akan menjadi titik tolak kepada masa depan parti keramat orang Melayu ini.



Sama ada UMNO mampu memimpin orang Melayu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama

rendah dengan kaum lain, hanya dapat dipastikan menerusi pilihan pemimpin yang betul.



Pastinya juga, ia memberi pengalaman menarik kepada hampir 150,000 perwakilan

terutama dari kalangan akar umbi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi.



Secara lebih tepat, seramai 146,500 perwakilan yang terdiri daripada ketua cawangan,

Ketua Wanita cawangan, Ketua Pemuda cawangan, Ketua Puteri cawangan dan ahli biasa

cawangan daripada 191 bahagian UMNO seluruh negara akan terlibat.



Benar, kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden tidak tergugat kerana kedua-duanya

telah pun menang tanpa bertanding. Realitinya, pemilihan kali ini lebih signifikan

kepada pemimpin-pemimpin pelapis yang akan memacu parti meneruskan survival UMNO.



Hakikatnya, tanggal 12 dan 19 Oktober ini amat penting kerana ia adalah penentu

kepada corak atau rupa bentuk UMNO yang bagaimanakah dimahukan oleh ahli-ahlinya.

 

Malah tidak keterlaluan jika disimpulkan bahawa tarikh keramat itu bakal menentukan

nasib sebenar orang Melayu di tanah air tercinta ini - sama ada mahu menjadi unggul

atau lebih selesa memilih untuk melukut di tepi gantang.



Sejumlah 33,680 calon akan bertanding merebut pelbagai jawatan di peringkat Pusat dan

bahagian. Tarikh mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan

Puteri UMNO Bahagian akan berlangsung serentak pada 12 Oktober ini.



Manakala tarikh pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan wakil bahagian ke Perhimpunan

Agung UMNO 2013 pula berlangsung seminggu selepas itu iaitu pada 19 Oktober.



Pemerhati politik menyifatkan pemilihan kali ini sebagai istimewa. Istimewa kerana

secara tidak langsung turut mengundang tumpuan masyarakat. Rakyat tertunggu-tunggu

untuk melihat transformasi atau perubahan yang cukup kuat disuarakan sama ada dalam

kalangan pemimpin sedia ada mahu pun golongan akar umbi sendiri.



Sebagai pemimpin, mereka tentulah ingin mengekalkan kedudukan yang ada. Namun, bagi

perwakilan yang terlibat sebagai pengundi yang akan menentukan pemimpin ekoran

pemilihan tidak lama lagi, ini adalah peluang terbaik untuk mereka membuat perubahan.



Sekiranya pemilihan kali ini juga menyaksikan pemimpin yang sama menang, maka jelas

bahawa inilah bentuk parti yang dimahukan ahli-ahlinya. Maka, jangan lagi selepas ini

ada suara-suara sumbang mendesak mahukan perubahan kerana yang sukar untuk berubah

sebenarnya adalah ahli-ahli yang diberi kuasa untuk melakukan perubahan itu sendiri.

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook