Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Saingan Golf CIMB Classic semakin sengit

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Saingan Golf CIMB Classic semakin sengit



Pengajur kejohanan Golf CIMB Classic mengumumkan baru-baru ini Brandt Snedeker, Rickie Fowler, Keegan Bradley dan Hideki Matsuyama akan menyertai kejohan tersebut yang berlangsung dari 24 hingga 27 Oktober, di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).



Kejohanan Asia pertama dimasukkan ke dalam kalendar Piala FedEx itu menyaksikan Snedeker dan Bradley, kini berada di ranking ketiga dan 10 dunia, akan bersama-sama Fowler dan Matsuyama menghangatkan lagi persaingan apabila sebelum ini pemain kidal Phil Mickelson, Nick Watney, Bo Van Pelt dan Ben Crane juga mengesahkan penyertaan.



Para pemain akan merebut hadiah keseluruhan bernilai AS$7 juta.



“Lapangan semakin panas dengan kehadiran pemain terbaik dunia buat pertama kalinya. Walaupun ia masih awal, tetapi ia menunjukkan bahawa kualiti kejohanan telah menarik para pemain terbaik dunia," kata Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid.



Brandt Snedeker merupakan pemain paling berjaya dan paling konsisten dalam kejohanan Jelajah PGA sejak dua tahun lalu.



Pada 2012, Snedeker menjuarai FedExCup dan kejayaan itu meletakkan beliau ranking 10 pemain terbaik dunia.



Tahun ini Snedeker mengekalkan permainannya yang konsisten walaupun mengalami kecederaan di rusuk.



Snedeker telah memenangi AT&T Pebble Beach National Pro-Am awal tahun ini dan selepas itu turut mengondol kejuaraan Terbuka RBC Canadian.



Beliau juga terikat di tempat ke-13 pada kejohanan CIMB Classic 2011.

 

Karier Keegan Bradley pula naik dengan cepat selepas bermula sebagai rookie Jelajah PGA pada 2011.



Pemenang tiga kejuaraan Jelajah PGA itu termasuk dua dimenangi pada 2011 dan kemenangan paling tidak dilupakan ialah kejohan major pertama pada Kejohanan PGA 2011.



Turut kembali ke Malaysia ialah pemain golf berusia 25 tahun yang terkenal dengan fesyen pakaian dan rambutnya, Rickie Fowler.



Beliau merupakan pemain yang berada pada ranking nombor satu pemain amatur pada tahun 2007 dan 2008.



Fowler pernah beraksi pada CIMB Classic 2010 dengan mendapat tempat kelima.



Pemain golf Jepun yang sedang bersinar bintangnya, Hideki Matsuyama, 21, pasti akan menarik perhatian pemain golf tempatan.



Beliau memenangi dua kejohanan dan dua muncul naib juara di Jepun.



Pemain muda itu juga mendapat tempat ke-10 pada Terbuka Amerika Syarikat, tempat keenam pada The Open Championship, tempat ke-16 di RBC Canadian Open dan tempat ke-21 pada Jemputan Kejohanan Dunia Golf Bridgestone.



Kehadiran para pemain terhebat dunia ini pasti membangkitkan rasa teruja peminat golf rantau ini yang pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kehebatan pemain berkenaan dengan mata sendiri.

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook