Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Apabila kurang ajar menjadi `raja'

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Apabila kurang ajar menjadi `raja'



Teringat saya ketika bertugas di Perak kira-kira tiga tahun lalu. Sikap 

kurang ajar sebegini pernah ditunjukkan oleh beberapa pemimpin DAP dalam satu 

konvensyen yang diadakan parti itu. Walaupun bukan Najib, mereka yang menjadi 

mangsa `pijakan' DAP masih lagi pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat.



Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi kecaman DAP waktu itu 

ialah ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP), Jamaluddin Mohd. Radzi 

(PKR-Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering). 



Ia berikutan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing dan memilih 

menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan 

pakatan pembangkang atau lebih tepat lagi DAP, kehilangan kuasa di Perak.



Kemarahan yang tidak mampu dibendung itu kemudian dipamerkan menerusi 

tindakan pemimpin-pemimpin parti yang menghadiri konvensyen berkenaan. 



Jika pun ada kalangan pemimpin terbabit termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang 

merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan melakukannya, namun 

`merestui' gambar atau poster ketiga-tiga wakil rakyat terbabit diletakkan di 

ruang masuk dewan untuk dipijak, cukup menggambarkan perkara yang sebenar.



Pelik dengan sikap DAP. Dalam satu masa, mereka kata memperjuangkan 

demokrasi, tetapi dalam masa-masa lain, merekalah penentang kepada demokrasi.



Berbalik kepada tindakan memijak gambar Najib, mungkin pihak yang 

melakukannya terlupa parti diwakili Perdana Menteri ini dipilih oleh rakyat.



Dalam hubungan ini, membenci Perdana Menteri bermakna mereka membenci pilihan 

rakyat. Sedangkan kumpulan yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan 

Perdana Menteri atau kerajaan sedia ada ini juga memerlukan sokongan rakyat.  



Bercakap tentang adab, teringat juga saya kepada titah Raja Muda Perak, Raja 

Dr. Nazrin Shah dalam satu majlis sambutan ulang tahun keputeraan Sultan 

Perak bahawa adab bukan sahaja berperanan besar dalam membentuk sebuah 

masyarakat malah melahirkan sebuah negara bangsa yang stabil lagi makmur.



Adab, titah baginda, merangkumi elemen-elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih 

sayang serta sifat menghormati ibu bapa, orang tua, kanak-kanak, jiran 

tetangga dan menghormati pemimpin.



Adab juga tegas Raja Nazrin adalah penentu terhadap jatuh bangunnya pemimpin, 

bangsa dan negara. Dalam masa sama, adab memperingati bahawa taraf kemuliaan 

seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor-faktor kuasa, kekayaan mahupun 

keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria-kriteria yang terkandung di dalam 

al-Quran dari segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.



Bagi yang faham tentang erti ketamadunan dan kesopanan, tentunya tidak akan 

sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh kelompok pendemonstrasi itu.



Tindakan memijak gambar atau poster pemimpin bukanlah acuan masyarakat yang 

kita harap terus dilahirkan di negara ini. Ia adalah tingkah laku samseng 

yang selama ini cuba dibendung daripada menular untuk merosakkan bangsa.



Dan secara jujurnya dalam soal ini, Malaysia tidak memerlukan orang yang 

kurang ajar untuk mengajar erti perpaduan dan toleransi dalam masyarakat. 



Di sebalik apa yang berlaku, sebenarnya tidak sukar untuk meneka mengapa 

tindak-tanduk tidak bermoral itu yang sangat-sangat ingin dipertontonkan. 



Hakikatnya, ia juga adalah cerminan kejayaan Najib dalam usahanya untuk terus 

memenangi hati rakyat sehingga menimbulkan rasa cemburu pihak-pihak tertentu.

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook