Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Terengganu oh Terengganu

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Terengganu oh Terengganu





Logo impak alam

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat dan juga pembaca Impak Alam. Dulu, Impak Alam berada di dalam naskhah Utusan Malaysia setiap Sabtu. Ini merupakan kesinambungan hasil usaha rakan baik saya Sulur Bidai yang menulis mengenai impak yang dikenakan kepada alam kita, bermakna kemusnahan kepada alam dan kehidupannya.

Namun selepas sekian lama menulis, satu demi satu tekanan diterima sehinggalah ruangan tersebut dibubarkan. Saya mengambil positif keadaan itu dan terus berhubung dengan para pembaca melalui Facebook, jika mahu silalah lah LIKE page kami.

Ok kita tinggalkan sementara isu domestik ini. Kita bincang di lain kali.

Kali ini saya ingin mengetengahkan satu isu di Pulau Tenggol, Terengganu. Pasti ramai yang bingung kenapa saya seringkali menulis mengenai Terengganu.

Pastinya, selepas ini, saya akan kehilangan lagi rakan-rakan Terengganu saya.

Seperti di dalam pembukaan bicara saya di atas, Terengganu sebuah negeri yang indah. Hadir di negeri ini memberikan kesegaran kepada hiruk pikuk yang sering kita alami di kota metropolitan.

Berada di Terengganu akan membolehkan sesiapa sahaja meneroka alam semula jadi sama ada di pulau, laut mahupun tasik termasuk hutan semula jadi yang ada di situ.

Tapi ada beberapa perkara yang pelu Terengganu lakukan dalam melestarikan khazanah alam yang ada di negeri indah itu.

Antara yang sering saya bicarakan ialah penyu.






Penyu bebas berenang di Pulau Sipadan, Sabah



Dulu, Terengganu dikenali di seluruh dunia disebabkan penyu. Pada tahun 70-an, Rantau Abang memang terkenal dengan penyu dan ia menjadi antara lokasi utama kepada mereka yang ingin melihat kepada spesies marin zaman prasejarah itu.

Namun kini, itu semua sudah menjadi sejarah. Terengganu kini dilihat berhempas pulas untuk membangunkan semula Rantau Abang ekoran ketiadaan penyu-penyu naik bertelur yang kini dilihat semakin berkurangan.

Data Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menunjukkan penyu karah dan penyu belimbing mengalami kepupusan yang amat serius di negara ini.






Telur penyu yang dijual di Pasar Payang, Kuala Terengganu satu ketika dahulu



Dua penyu ini, penyu karah (Eretmochelys imbricata) dan penyu belimbing (Dermochelys coriacea) - yang kini menjadi penghias duit baru RM20 - disenaraikan sebagai kepupusan paling kritikal melalui Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Lebih 20 tahun lalu, data menunjukkan penurunan lebih 99 peratus dalam populasi penyu belimbing dari keseluruhan Malaysia.

Jadi, jika tiada tindakan diambil terutama oleh kerajaan negeri Terengganu dalam menghalang populasi penyu-penyu ini semakin menurun, saya fikir, dalam sekelip mata, anak cucu kita hanya akan dapat melihat spesies prasejarah ini di Aquaria KLCC sahaja.

Usaha untuk menhalang terus penjualan telur semua spesies penyu 

dan tuntung perlu dilakukan segera, dengan segera!.






Mungkin hanya 1 peratus daripada semua penyu muda yang dilepaskan akan kembali ke pantai yang sama



Jabatan Perikanan ada mengatakan yang mereka telah mengadakan pelbagai program dalam mengawal penurunan populasi penyu, namun bagi saya, ada cara yang dilakukan mereka betul dan ada yang dilakukan oleh mereka salah. Ya salah!


Pernah dahulu saya menulis mengenai pelepasan penyu pada waktu siang dan penyu matang yang dilepaskan, namun jawapan yang dibalas kepada saya ialah mereka mengatakan saya tidak membuat kajian terperinci mengenai penyu dan apa yang mereka lakukan itu tidaklah selalu, ia sesekali dan bertujuan untuk promosi bagi membolehkan lebih ramai mengetahui mengenai usaha yang dijalankan.

Bagi saya, pemuliharaan adalah pemuliharaan. Tiada istilah promosi atau memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui usaha yang sedang dijalankan.

Bagi saya, usaha konservasi perlu mengutamakan speises itu sendiri dan bukannya manusia!

p/s Untuk pengetahun, mungkin saya tidak ada pengetahuan saintifik dan kajian mendalam mengenai penyu, namun saya sudah lama melihat mengenai aktiviti penyu ini dan gambar-gambar yang saya paparkan ini menjadi buktinya







Acara mandi pasir ibu penyu agar selepas bertelur yang dirakamkan di pantai Teluk Kalong, Pulau Redang

 




Aktiviti menmgambil telur penyu tanpa lesen perlu dihalang dengan segera 






Mungkin Terengganu rela anak-anak penyu mereka menjadi hidangan di atas meja makan. Gambar ini dirakamkan di sebuah restoran yang terletak berdekatan Hotel Seri Malaysia di Kuala Terengganu.



 




Anak penyu merupakan khazanah yang tidak ternilai. Tanpa usaha daripada kerajaan negeri, mereka pasti akan pupus.





Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:

Iklan Kareer
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan
Perpaduan masyarakat
Pembangunan negara
Keamanan, kestabilan
Janji dibuat dikotakan
Masa depan lebih baik


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook