Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Pelancongan

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Artikel: Pelancongan
Menghargai kedamaian dan memuji kesenian Nanjing
Nanjing ada titik hitam dalam sejarahnya namun bagi mereka "sejarah boleh dimaafkan tetapi tidak boleh dilupakan". Juga ikuti lawatan saya ke Muzium Kain Tenun Nanjing yang mempunyai sejarah 1,500 tahun dan merupakan warisan unik kraftangan yang tidak dapat dilakukan oleh mesin hingga ke hari ini.


Merenung sejarah dan menghayati keindahan budaya masyarakat Nanjing
Nanjing yang pernah menjadi ibukota semasa pemerintahan 10 dinasti menyimpan pelbagai sejarah menarik dan warisan kebudayaan yang tersendiri. Di sebalik kemodenannya, ia masih mengekalkan legasi masa lalu yang boleh dilihat dengan menghayati bagaimana pelbagai tapak tinggalan sejarah dipulihara.


Minum teh di Nanjing
Saya mendapat pengalaman dan layanan yang sangat manis sebaik tiba di Nanjing, bandar raya yang menjadi destinasi ketiga dalam program lawatan ini. Dan itu hanyalah pembukaan kepada pengalaman-pengalaman indah di bandar Laksamana Cheng Ho ini.


Masa silam yang gemilang, masa depan penuh harapan
Chengdu kini sangat pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandar metropolitan utama dunia, dan kini merupakan bandar keempat terbesar di China selepas Beijing, Shanghai dan Guangzhou. Chengdu juga mempunyai kisah silam yang gemilang sejak 3,000 tahun yang lalu.


Antara panda dan sistem pengairan tertua di dunia
Chengdu adalah kampung halaman Panda. Cuaca di sini dengan kawasan hutan buluh yang sesuai untuk habitat Panda dimanfaat untuk mewujudkan pusat untuk menyelidik dan membiakkan Panda. Chengdu juga ada sistem pengairan yang tertua di dunia dan masih diguna hingga ke hari ini!


Meneroka sejarah orang Chengdu
Selepas Beijing, kami terbang 1,700 km ke arah barat daya untuk mengunjungi Chengdu, sebuah bandar yang menyimpan pelbagai kisah silam. Chengdu adalah bandar ke-4 terbesar di China dan yang terbesar di bahagian barat.


Warisan tradisi dalam arus kemodenan Beijing
Hari ketiga di Beijing, rombongan wartawan asing yang saya sertai dibawa melawat stadium "sarang burung" dan mengunjungi warisan tradisional di sekitar Shichahai dengan menaiki beca. Beijing sangat pesat membangun tetapi sebahagiannya dikekalkan sebagai warisan untuk generasi akan datang.


Destinasi pertama: Forbidden City
Salah satu destinasi utama pelancong ke Beijing ialah Forbidden City atau orang tempatan memanggilnya sebagai Istana Kuno. Pada sepanjang waktu, memang beribu-ribu orang datang ke sini dan keadaan menjadi lebih sesak bila musim cuti sekolah.


Makan Malam Pertama di Beijing
Siapa sangka, jauh dari kampung halaman pun, masih boleh merasa masakan Melayu, siap dengan rendang daging, sambil tumis udang, kerabu perut dan pulut kuning.


Permulaan satu perjalanan
Negara China adalah bukan sekadar satu gergasi ekonomi yang sedang bangkit tetapi juga lokasi percutian yang sangat menarik kerana mempunyai begitu banyak lokasi-lokasi unik berupa "syurga dunia" yang selama ini mungkin tidak diketahui oleh dunia luar.
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Rakyat tempatan tidak berminat menjadi pengawal keselamatan kerana:
Gaji rendah
Tiada prospek
Waktu kerja
Kerja berbahaya
Taraf rendah


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook