Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Warisan tradisi dalam arus kemodenan Beijing

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Warisan tradisi dalam arus kemodenan Beijing

17 September 2011 - Hari ketiga saya di Beijing program lawatan saya bermula dengan kunjungan ke stadium olimpik atau lebih dikenali sebagai stadium "Sarang Burung" yang menjadi kebanggaan bandaraya ini.
Pertama kali saya melihat rekabentuk bangunan stadium ini sewaktu kejohanan olimpik pada tahun 2008 yang lalu saya memang tertarik dengan keunikannya.

Saya percaya ramai orang lain juga terasa begitu, namun melihatnya dalam gambar adalah berlainan sekali jika dapat datang dan masuk sendiri ke sini.
Bukan ramai orang berpeluang untuk datang ke sini lebih-lebih lagi meninjau bilik-bilik tetamu istimewa serta lokasi tempat duduk nombor satu stadium iaitu tempat Presiden China, Hu Jintao serta pembesar-pembesar lain negara.

Dari luar, ia kelihatan unik dan canggih, tetapi di dalamnya ia penuh dengan sentuhan kesenian yang melambangkan warisan kebudayaan yang diabadikan bersama arus pembangunan.
Daripada tombol pintu bilik tetamu stimewa yang bersalut kulit telur dan daun pintu yang bersalut kulit peluru, hinggalah kepada dekorasi di dinding dan siling bilik-biliknya.
Lukisan-lukisan dan corak bermotif keindahan alam semulajadi dan kebudayaan tradisi menghiasi dinding-dinding bilik ini.
Di sebelah stadium ini, ialah "Water Cube" iaitu stadium renang olimpik yang kini telah diubahsuai sedikit untuk memuatkan taman tema air di dalamnya.
Dari kompleks stadium olimpik rombongan kami di bawa ke perkampungan tradisional Beijing di Shichahai yang masih mengekalkan rumah-rumah lama.
Lorong-lorong di sini adalah sempit dan kami di bawa meninjau menggunakan beca. Walaupun rumah-rumah ini adalah rumah lama dan kecil tapi bila melihatkan kereta-kereta yang di letak di tepi-tepi lorong di sini, saya agak keluarga di sini bukanlah mereka yang miskin.

Di kawasan tersebut rumah-rumah lama dan cara kehidupan tradisi orang-orang Beijing dipelihara untuk dilihat dan dihayati oleh generasi kini walaupun kawasan lain di Beijing telah membangun dengan pesat sekali.

Unsur-unsur budaya kawasan penempatan di situ dapat diperhatikan menerusi adanya batu-batu bulat atau empat segi berukir di pintu masuk rumah yang melambangkan jawatan pemilik rumah dalam kerajaan waktu dulu, begitu juga hiasan di bumbung pintu gerbang masuk ke kawasan rumah.
Konsep rumah yang berada di sudut utara, selatan, timur dan barat manakala halaman berada di tengah-tengah dengan tempayan berisi ikan hiasan, serta pokok-pokok yang membawa simbol kebahagian keluarga masih kekal dipelihara di kawasan ini.

Di kawasan itu juga terdapat taman tasik yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke Beijing.
Kami dibawa ke salah satu restoran yang sangat popular di tepi tasik ini iaitu restoran Kaorouji yang menyediakan hidangan kambing panggang.
Daging kambing yang hendak dibakar akan dihiris-hiris terlebih dahulu dengan cermat menggunakan tangan dan akan dipanggang atas dapur keluli yang istimewa manakala kayu api yang digunakan hanyalah dari jenis kayu pokok bunga untuk memberi aroma yang unik kepada daging yang dipanggang itu.
Saya diberi peluang untuk merasai pengalaman memasak daging kambing di restoran ini dan kemudian menikmati daging yang telah dimasak bersama roti bijan.

Apa yang lebih menarik lagi tentang restoran tersebut adalah ia merupakan restoran halal milik keluarga muslim yang mula berniaga di situ sejak lebih 160 tahun dahulu.
Sejarahnya yang bermula dengan hanya berniaga menggunakan warung yang ditolak hinggalah berjaya seperti hari ini menunjukkan penerimaan masyarakat setempat yang baik terhadap kepelbagaian budaya dan amalan agama. Teringat saya pada sejarah sate Haji Samuri di Kajang.

Pada sebelah petang kami dibawa menyaksikan pelancaran Festival Pelancongan Antarabangsa Beijing ke-13 di Qianmen yang kebetulan berlangsung pada hari itu.

Qianmen adalah juga lokasi pelancongan ibarat Petaling Street dengan pelbagai kedai berjenama di kiri-kanan jalannya.
Berhampiran lokasi para media ditempatkan, saya ternampak sebuah bangunan lama dijadikan restoran Starbuck Cofee dan berkongsi sebelahnya dengan restoran halal. Dalam hati saya tersenyum dan rasa senang kerana restoran seperti itu boleh wujud seiring dengan lain-lain jenama antarabangsa.
Sambutan tahunan festival yang bertemakan "Lihat Beijing, Dengar Beijing, Hayati Beijing" itu menampilkan persembahan dan perarakan lebih 30 kumpulan yang mewakili 20 negara.
Macam-macam ragam persembahan kebudayaan boleh dilihat dari negara-negara luar seperti India, Mexico, Kanada, Australia dan lain-lain.

Habis festival itu, kami di bawa makan malam dekat Tasik Shichahai dan kemudiannya bersantai di tasik Shichahai di waktu malam menaiki sampan sambil minum teh bunga dan dihiburkan dengan tiupan seruling gadis Cina.
Kunjungan ke Beijing terasa sangat singkat, esoknya awal-awal lagi kena bangun untuk tinggalkan bandar ini dan menuju ke destinasi seterusnya.


Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:


Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook