Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Permulaan satu perjalanan

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Permulaan satu perjalanan

Oleh Hasani Hassan


Negara China adalah bukan sekadar satu gergasi ekonomi yang sedang bangkit tetapi juga lokasi percutian yang sangat menarik kerana mempunyai begitu banyak lokasi-lokasi unik berupa "syurga dunia" yang selama ini mungkin tidak diketahui oleh dunia luar.

Baru-baru ini satu pengundian antarabangsa secara online telah dilakukan untuk memilih bandar-bandar China yang paling mempesona dan acara penganugerahannya akan diadakan di Beijing pada Khamis, 16 September 2011.

Saya bersama 11 wakil media antarabangsa telah diberi peluang untuk menghadiri acara tersebut dan seterusnya dibawa melawat ke sebahagian daripada bandar-bandar menarik itu dari 15 hingga 26 September 2011.

Jemputan oleh China Radio International (CRI) Online itu akan membolehkan wakil-wakil media merasai dan menikmati sendiri pengalaman berkunjung ke kota-kota pelancongan, kebudayaan dan sumber warisan yang memaparkan ciri-ciri unik China dan kepelbagaian etniknya.

Perjalanan selama 12 hari melewati bandar-bandar besar seperti Beijing, Chengdu, Nanjing, Suzhou dan Shanghai merangkumi jarak beribu kilometer itu akan saya kongsikan bersama para pembaca melalui blog Catatan Kembara di Utusan Online (www.utusan.com.my) dan juga di laman web CRI Online edisi bahasa Melayu di http://malay.cri.cn/.

Kami juga dijangka akan menghadiri majlis pembukaan Festival Pelancongan Antarabangsa Beijing, melawat ke stadium "sarang burung" yang menjadi lokasi sukan olimpik yang lalu, serta taman Shichahai yang dikatakan mempunyai pemandangan yang sangat menyejukkan mata.

Dari Beijing, kami akan bergerak ke arah barat daya sejauh lebih 2,000 kilometer ke bandar Chengdu untuk menonton opera Sichuan, melawat tapak pemuliharaan beruang Panda, projek pengairan Dujiangyan, kampung Wugui, taman inkubasi teknologi tinggi, dan muzium Jinsha.

Kemudian kami akan mengembara sejauh 1,400 ke Nanjing untuk melawat beberapa lokasi menarik sebelum kemudiannya Suzhou dan akhir sekali pulang ke tanahair melalui Shanghai.

Pastikan temujanji anda bersama saya pada setiap hari sepanjang perjalanan ini menerusi laman blog ini!

- Hasani Hassan
Pengarang Berita Online.

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:


Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook