Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Merenung sejarah dan menghayati keindahan budaya masyarakat Nanjing

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Merenung sejarah dan menghayati keindahan budaya masyarakat Nanjing

22 September 2011 - Hari ke-8 di China dan hari ke-2 di Nanjing.

Kawasan hutan hijau yang menjadi taman besar di mana hotel kami berada di kenali sebagai Zhongshan Scenic Area dan turut menempatkan banyak lokasi penting yang lain termasuklah makam tokoh terkenal China iaitu Dr. Sun Yat Sen dan sejumlah muzium, galeri dan pusat pameran.
Destinasi kami adalah salah satu muzium di situ, iaitu muzium Pameran Sejarah dan Kebudayaan 10 Dinasti Nanjing. Pelancong yang ingin mengetahui riwayat 10 dinasti yang pernah menjadikan Nanjing sebagai ibukota boleh mengunjungi tempat ini dan mendapat penerangan melalui sistem rakaman audio yang disediakan.

Hakikatnya sejarah adalah satu perkara yang penting. Mungkin kita sudah biasa dengan sejarah kesultanan Melaka serta mungkin juga tahu tentang sejarah bangsa melayu di zaman Srivijaya dan Majapahit. Tetapi siapa yang tahu tentang zaman-zaman sebelum itu atau sekitar 2000 hingga 3000 tahun dahulu?
Apabila saya melawat ke muzium pameran dan sekitar taman budaya itu, perasaan saya menjadi bercampur-baur antara kagum dan sedih.
Kagum kerana orang-orang bijak pandai di China pada zaman dahulu telah merekodkan dengan baik kisah-kisah maharaja mereka. Walaupun pemerintah bersilih ganti dan berlaku peperangan, riwayat sejarah tetap terpelihara.
Tetapi saya juga rasa sedih kerana terkenangkan sejarah orang saya sendiri yang tidak dicatat atau disimpan dengan baik sepertimana sejarah orang China.
Jika saya kata bahawa tamadun bangsa Melayu adalah sehebat bangsa China, tentu tidak ada seorangpun yang percaya malah saya mungkin diketawakan kerana tidak ada sebarang bukti.
Para sejarahwan Melayu terpaksa mengkaji ke serata dunia termasuk di China untuk mencari catatan-catatan sejarah bangsa lain yang ada menyebut tentang bangsa melayu semata-mata untuk mengetahui tentang kisah silam. Tanpa sejarah, saya terasa seperti hilang jati diri dan maruah.

Bila terpandang peta laluan pelayaran laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang dipamerkan di tempat ini yang mencatatkan nama-nama tempat seperti Kelantan, Pahang, Melaka, Brunei, Palembang dan Jawa dalam bahasa China saya jadi sayu dan terharu.
Ini kerana saya sedar melalui kehebatan dan kebijaksanaan orang-orang China yang meriwayatkan sejarah merekalah maka bangsa saya dapat mengumpulkan lebih banyak maklumat tentang hubungan diplomatik serta kisah-kisah pengembaraan orang-orang China di sekitar empayar Melayu pada zaman dahulu.
Saya percaya dengan terus mengkaji catatan dan riwayat sejarah orang-orang China, mungkin akan menemukan lebih banyak kisah yang berkaitan dengan bangsa saya sendiri.
Mungkin satu hari nanti orang akan percaya jika saya kata bangsa Melayu hebat seperti bangsa China, dan jika itu terjadi, susah pasti saya akan bersyukur dan berterima kasih kepada orang-orang bijaksana China pada masa lampau yang mencatatkannya.

Seterusnya, kami dibawa melawat ke tembok kota Nanjing iaitu struktur sepanjang 34 kilometer yang mengelilingi pusat bandar raya Nanjing. Tembok besar dan tinggi itu mengingatkan saya kepada tembok besar China yang saya tidak berkesempatan untuk kunjungi. Namun melihat dan memahami senibina tembok kota di Nanjing ini, saya boleh mengagak kepentingannya mempertahankan Nanjing yang pernah menjadi ibu kota semasa 10 dinasti pemerintahan maharaja China.

Pihak berkuasa Nanjing mengambil inisiatif yang serius membina semula sebahagian 24 kilometer daripada keseluruhan tembok menggunakan bata-bata asalnya. Satu perkara yang unik tentang bata-bata yang digunakan untuk membina tembok tersebut ialah setiap satunya mempunyai tanda nama pembuatnya.
Semasa tembok tersebut hendak dibina pada tahun 1366, pihak pemerintah telah mengerah tenaga kerja untuk menghasilkan bata-bata dan untuk memastikan ia berkualiti tinggi, setiap pembuat bata mesti menandakan nama dan alamat mereka pada setiap biji bata yang dihasilkan. Jika ada bata yang rosak atau dikesan tidak menepati kualiti yang ditetapkan maka pembuatnya dikehendaki memperbaiki mutunya atau terpaksa berhadapan dengan hukuman berat.
Pintu utama tembok kota ini mempunyai empat gerbang yang berfungsi sebagai lapisan pertahanan serta mempunyai lubang-lubang persembunyian tentera, dan ia masih utuh sehingga ke hari ini walaupun sudah berusia lebih 600 tahun. Salah satu bahan yang digunakan untuk membuat bancuhan "simen" pada ketika itu ialah air tapai!

Pada sebelah petang, kami bergerak jauh sedikit dari bandar menuju ke daerah Qixia dan destinasi pertama di situ ialah sebuah kuil Buddha yang dikatakan menyimpan relik penting pengasas agama Buddha iaitu Buddha Sakyamuni (Gautama Buddha). Relik atau juga disebut Sarira itu dikatakan adalah bahagian tulang dari jasad Buddha. Ia dibawa dari India suatu ketika dulu dan baru-baru ini ditemui semula selepas 1,000 tahun. Kini ia disimpan rapi dalam sebuah bilik kebal berhawa dingin dan hanya dibuka untuk tatapan orang-orang tertentu sahaja.

Di daerah Qixia ini juga kami berkesempatan untuk melawat sebuah kampung yang menjalankan industri pembuatan kertas emas. Tunggak kepada aktiviti di kampung tersebut ialah sebuah kilang milik kerajaan yang memproses ketulan emas menjadi kertas emas menerusi gabungan teknik tradisi dan moden.
Proses menukarkan 1 gram emas menjadi sekeping kertas emas seluas 1 meter persegi mungkin tidak akan dapat dibayangkan oleh kita jika tidak melihat sendiri bagaimana ia dilakukan. Secara tradisinya emas tersebut akan diletakkan dalam bungkusan yang mempunyai kertas hitam khas dan akan diketuk bergilir-gilir oleh dua orang pekerja sepanjang hari. Emas yang semakin nipis setelah diketuk itu akan dipotong dan dipindahkan ke dalam lapisan kertas hitam yang lain untuk diketuk semula. Proses ini berulang-ulang sehingga ia menjadi kertas yang sangat nipis. Sebahagian tugas mengetuk itu kini diambil alih oleh mesin.

Kertas emas yang sangat nipis itu juga sangat sensitif kepada elektrostatik dan mudah koyak jika tidak dikendalikan dengan betul. Majoriti pekerja yang bertugas di bahagian pengasingan kertas emas adalah perempuan sahaja memandangkan ia memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.
Kami difahamkan kertas-kertas emas itu dieksport ke seluruh dunia termasuk negara-negara Eropah dan juga Malaysia sendiri. Antara kegunaannya pula ialah seperti menyalut lapisan-lapisan luar patung keagamaan, arca atau hasil seni tertentu, hiasan bangunan, kubah masjid dan jangan pelik jika saya katakan ia turut digunakan dalam membuat barangan kosmetik dan rawatan kecantikan.


Pulang dari Qixia, kami dibawa untuk makan malam di sebuah restoran untuk menikmati hidangan istimewa orang Nanjing "Qinhuai flavor dinner" di Grand Hotel di kawasan Confucius Temple. Di restoran itu, walaupun saya makan semeja dengan seluruh ahli rombongan bersama pihak tuan rumah di Nanjing, namun saya mendapat layanan yang istimewa berbanding orang lain. Makanan saya ditempah khas daripada restoran lain yang menyediakan makanan halal. Malam itu saya makan dengan kenyang, termasuklah kali pertama menjamah hidangan lidah dan kaki itik!

Selesai makan, kami bergegas naik bot di belakang restoran berkenaan menyusuri sungai Qinhuai. Rupa-rupanya pada pukul 8.00 setiap malam ada pertunjukan khas di tepi sungai tidak jauh dari situ. Bot kami berhenti di kawasan tempat duduk penonton, manakala pentas persembahan berada di seberang sungai tidak jauh dari kami.

Malam itu saya cukup terhibur dengan persembahan kebudayaan yang unik kombinasi antara lakonan, nyanyian, audio, cahaya, serta aksi-aksi persembahan di atas bot. Jangan lupa untuk saksikan video persembahan ini nanti di Utusan Online!

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:


Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook