Laman Xtive Utusan Malaysia - Artikel: Minum teh di Nanjing

Masuk
Nama

Kata Laluan



Anda bukan ahli xtive?
Klik disini untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Minta semula DISINI.
Muka Hadapan


Minum teh di Nanjing

21 September 2011 - Hari ke-7 di China dan awal hari itu kami terbang meninggalkan Chengdu untuk menuju ke Nanjing yang terletak kira-kira 1,500km di timur China. Cuacanya cerah dan semasa di dalam pesawat, saya mengambil peluang tempat duduk di tepi tingkap untuk melihat ke dunia China yang terbentang indah di bawah. Ia seakan meninjau Google Earth, tetapi dengan perasaan yang lebih seronok.

Tengahari kami tiba di Nanjing dan dibawa ke sebuah hotel mewah, Nanjing International Conference Hotel yang berada di dalam kawasan taman hijau. Hotel tersebut seolah-olah berada di tengah hutan hijau yang luas, dan kami difahamkan ia selalu digunakan untuk tetamu-tetamu kehormat yang datang ke Nanjing.

Pada waktu makan tengahari, hotel ini menyediakan meja makan khas untuk saya dan wakil media dari Mesir kerana menghormati kami sebagai orang Islam. Menu kami sedikit berbeza dari hidangan buffet yang disediakan malah makanan kami juga dimasak menggunakan peralatan yang berasingan.

Petang itu kami bergegas untuk sesi sidang media bersama Timbalan Datuk Bandar, Chan Gang yang mengalu-alukan kedatangan kami ke Nanjing.


Dalam sidang media itu fahamlah saya bahawasanya Islam bukanlah asing di bandar raya ini. Terdapat 150,000 penganut agama Islam di sini dan mereka juga bebas beribadat di masjid, malah terdapat restoran-restoran halal yang terkenal.
Ikuti laporan lengkap sidang media tersebut di Utusan Online. Klik sini


Malam itu selepas makan, pihak penganjur faham dengan keadaan kami yang keletihan dan memberikan pilihan kepada kami untuk berehat di bilik atau menyertai sesi minum teh di 'warung teh'. Saya tak ingin melepaskan peluang, walaupun sedikit penat, namun menyaksikan satu acara kebudayaan orang sini adalah lebih penting berbanding lepak di bilik hotel.


Bagi kebanyakan dari kita, minum teh adalah semudah memasukkan uncang teh ke dalam air panas dan dicampurkan dengan gula. Namun, saya pernah lihat 'majlis teh' orang Jepun dan tertanya-tanya bagaimana pula dengan orang China.
Malam itu saya dapat merasai satu pengalaman baru apabila ditunjukkan seni menghidangkan teh cara orang Nanjing. Menghidangkan teh kepada tetamu memerluka langkah-langkah yang nampaknya rumit. Kami diajar membuat dan menghidangkan teh dengan gaya yang lembut dan tersendiri mengikut langkah-langkah tertentu.

Sambil minum teh kami juga dipertontonkan pertunjukan seni guntingan kertas dan seni cetakan tulisan China melalui ukiran di atas kayu.


Memang halus kerja tangannya, sempat juga saya suruh artis itu, Zhang Fanglin buat guntingan kertas pandangan sisi wajah saya.

Lihat juga catatan saya di laman Web CRI Online versi Melayu di http://malay.cri.cn/1021/2011/09/22/261s124396.htm

Share This News
AddThis:
URL:
BBcode:
HTML:
Facebook Like:


Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila daftar masuk terlebih dahulu untuk memberi komen. Klik disini untuk login.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Waktu Solat
Iklan @ Utusan
Bancian Terkini
-
Percubaan
1
2
3


Lihat Keputusan
Iklan @ Utusan
Iklan @ Utusan
Facebook
Utusan Online on Facebook